Home / Ekonomi / Wild-Wild Malaysia

Wild-Wild Malaysia

Kes pembunuhan bersenjata api yang sedang berleluasa semenjak akhir-akhir ini menimbulkan rasa cuak terhadap aku sebagai rakyat biasa. Walaupun sebelum ini ianya dikhabarkan hanya melibatkan orang-orang yang terlibat di dalam kegiatan gangsterism, tetapi apabila melibatkan orang-orang awam seperti para guru-guru, aktivis NGO (Encik R Sri Sanjeevan) dan yang terbaru pengasas bank AmBank pun mati ditembak (Hussain Ahmad Najadi), sepatutnya perlu diambil berat oleh setiap golongan masyarakat.
Aku percaya, kegiatan jenayah yang berleluasa kini adalah didorong oleh situasi ekonomi yang meruncing di kalangan rakyat bawahan yang semakin terhimpit dengan pelbagai isu. Baik dari isu perumahan, pengangkutan awam, keselamatan dan sosial, semuanya dalam keadaan merudum semenjak mulanya millennium.
Dalam pada itu, situasi masyarakat dilihat masing-masing cuba melepaskan diri masing-masing dari permasalahan yang ditanggung. Ini dapat dilihat dengan sikap para menteri, ahli politik serta ahli korporat yang bersikap membiarkan rakyat bersendirian menanggung azab kenaikan harga barang dan jenayah yang semakin meruncing. Bak kata pepatah, enau didalam hutan melepaskan pucuk masing-masing. Undang-undang rimba digunapakai apabila yang berkuasa menindas yang lemah untuk terus berkuasa.
Cuma yang aku risau, dalam tahun-tahun yang mendatang ini, adakah masyarakat Malaysia akan wujud sebagaimana masyarakat di dalam filem-filem koboi dahulu. Pergi mana-mana mesti kena ada bawak pistol spare.

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

6 comments

  1. kalau pakai pistol bukan pasal rakyat tak cukup makan tapi law takde atau tak implement.

  2. Memang pelik kan…rata2 dh jadi penempak tepat kat msia ni…bukan satu dua kes pasal tembak2 ni, tapi dh makin byk…enforcement of law pun rasanya xleh setlle masalah ni…

  3. malaysia nearly become thailand. thailand dh slow, now malaysia nak lead.

  4. Malaysia bukan lagi negara yang selamat. Tak hairan jika sekarang masing-masing tak berani “ambil peduli” jika ada perkara-perkara yang perlu diambil peduli. Masa merubah segalanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge