Home / Ekonomi / Peraturan Pasaraya Hyper
Tesco Extra Ipoh
Makro Ipoh yang sekarang bertukor kepada Tesco Extra - Imej dari Kinta River Front

Peraturan Pasaraya Hyper

Tesco Extra Ipoh
Makro Ipoh yang sekarang bertukor kepada Tesco Extra – Imej dari Kinta River Front

Bandaraya Ipoh pada penghujung dekad 90’an masih lagi mempunyai daya tarikannya tersendiri walaupun sedang alami zaman gelap sesudah era kegemilangan bijih timah sudah berlalu. Tahun 1995, kalau tak silap aku, rangkaian gedung pasaraya hyper terawal di Malaysia yang bernama Makro membuka cawangannya di Ipoh. Ia terletak di jalan menghala ke pekan Chemor dan betul-betul bersebelahan dengan Lebuhraya PLUS di persimpangan keluar Ipoh Selatan.

Waktu tu, hypermarket adalah sesuatu yang amat baru di Malaysia dan pasaraya-pasaraya retro seperti Fajar, The Store, Ocean, Super Kinta, Parkson dan seangkatan dengannya masih lagi relevan sebagai tempat penduduk Ipoh membeli-belah.

Kebiasaannya, aku tak dapat ikut pergi ke Makro bersama mak ayah aku sebab polisi Makro waktu tu yang tak benarkan kanak-kanak masuk. Waktu tu, kalau pergi ke Makro, confirm pergi secara berjemaah dengan jiran-jiran lain yang ada kereta. Beli barang kat Makro ni memang murah, tapi kena beli bundled la. Mana ada barang-barang runcit yang diorang jual masa tu. Tambahan pula, hanya pembeli yang mempunyai kad keahlian Makro sahaja yang boleh masuk pada awal kemunculannya.

Membeli-belah di Makro ni memang banyak peraturannya. Satu-satunya tarikan yang boleh buatkan orang ramai tak kisah sangat dengan peraturannya adalah kerana harga barangan yang ditawarkan amat murah jika dibandingkan dengan premis-premis perniagaan lain. Malah, Makro pada awalnya boleh dikirakan sebagai salah sebuah entiti perniagaan yang berjaya di Malaysia.

Tapi, kejayaan Makro tidak bertahan lama apabila semakin banyak pasaraya hyper muncul di Malaysia. Nama-nama seperti Tesco, Giant, Mydin, Carrefour, Hero, AEON Big,Econsave, NSK, KiP Mart dan lain-lain mula menjadi pilihan alternatif rakyat Malaysia yang mula gemar membeli-belah barangan keperluan secara borong. Pasaraya hyper yang menjadi pesaing Makro ini tidak mempunyai peraturan sebagaimana Makro. Tidak memerlukan kad keahlian, tiada had minimum untuk membeli barangan dan juga tiada larangan untuk kanak-kanak masuk ke premis mereka.

Pada aku, peraturan-peraturan terhadap pengguna sedikit sebanyak akan mengurangkan daya tarikan sesebuah perniagaan. Walaupun peraturan hanya ahli sahaja dibenarkan tu nampak macam kecil, tapi impaknya besar apabila jumlah pelanggan yang berpotensi telah dikurangkan hanya kerana kad keahlian. Begitu juga larangan kemasukan kanak-kanak ke premis yang boleh membantutkan niat sesetengah ibu bapa membeli-belah bersama anak-anak.

Dalam perniagaan yang begitu hebat persaingannya ini, aku rasa tak patut bagi premis melaksanakan peraturan yang menyusahkan penggunanya. Sekarang ni, aku malas nak bershopping di Mydin atas sebab peraturan untuk mereka.

Misalnya, di pintu masuk premis diletakkan pengawal keselamatan yang akan membungkus beg-beg pelanggan di dalam satu beg plastik besar serta mengikatnya dengan cable tight. Keluar premis pula, kita akan bertemu dengan pengawal keselamatan yang akan memeriksa beg plastik kita berserta resit pembelian.

Macam tak percaya dengan pelanggan je gayanya.

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Check Also

Bagaimana Kerajaan Korea Selatan menaikkan K-Pop sebagai Simbol Kebangsaan

K-Pop ibarat simbol kebangsaan rakyat Korea Selatan. Rakyat Korea Selatan mampu berbangga dengan pencapaian artis-artis ...

20 comments

  1. ermm… betul tu… idah pun rimas berbelanja di mydin… kadang2 org ppuan tak bawa purse… letak duit dalambeg plastik jer… pastu sampai kat mydin dia nak ikatnya plastik tu… dah tu macam mana nak ambil duit nanti… haishh… memang menyusahkan… sama macam kad keahlian tu jugak…
    acikidah recently posted…Penghormatan Terakhir Buat Mangsa MH17My Profile

  2. masih ingat dengan Makro ni Syl.. mak pun berbelanja kat sana, mak pula orang berniaga, memang sesuai sangat.. kemunculan banyak pesaing membuatkan Makro kat JB ni juga gulung tikar… walaupun bermula dengan gilang gemilang
    Nurul Hidayah recently posted…Khasiat buah Zuriat dan Serbuk Debunga KurmaMy Profile

  3. betul..bila ada peraturan macam rimas sangat
    munirah rahman recently posted…Cemerlang STPM tak jamin masuk IPTAMy Profile

  4. menyampah sebenarnya bila kena letak beg bagai sebelum masuk… kalau nak mencuri, takde beg pun boleh je masuk dalam baju ke seluar ke.. haih
    Tunsha Ayunie recently posted…Apa Itu, Taharah (Bersuci) ?My Profile

  5. Salam..hurmm x pernah dgr nama supermarket tu…tapi pasal mydin tu dye org lebih menjaga keselamatan pelanggan dan keselamatan shop dyeorg kot…baktu ketat sikit…huhu
    fizi recently posted…Cara Paling Mudah Download Video YouTubeMy Profile

  6. Mmg betul tu.. Mmg tak setuju bab nak check2 barang waktu kluar mcm tu. Mcm rasa terhina pun ada..
    Khir Khalid recently posted…FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, PerakMy Profile

  7. Tapi kat penang dalam tahun 2008 ada lagi sebiji makro. Hujung-hujung hayat dia terpaksa jual secara runcit nak clear stock.bukan ahli pun boleh masuk. .huhu
    sal bee yah recently posted…Entry paling jujur – So you think you can blogMy Profile

  8. ingat lagi troli kat Makro yang besar gedabak tu..maklumlah beli borong…hypermarket konsepnya utk family shopping, baru meriah…tapi Mydin Sinar Kota memang penuh dgn warga asing kalau pergi weekend..

    kalau balik kpg, selalu singgah Mydin RTC Gopeng sebab mudah tepi highway je..Tesco, Giant dah out of the way..
    nohas recently posted…Naik bot pergi Shopping ComplexMy Profile

  9. dulu dengar makcik2 cerita pasal makro ni, punya la takjub, sampai roti perancis yang diorang beli kat situ pun jadi rebutan!

    mydin? pergh, kalau kat mydin ni aku pulak ada peraturan untuk diri sendiri. pergi masa waktu bekerja dan waktu orang belum gaji.
    smbotak recently posted…Jari IIIMy Profile

  10. PASARAYA BESAR NI TERLALU BANYAK PILIHANNYA…PENAT JUGA NK BERKELILING MENCARI SESUATU…

  11. peraturan2 yg bnyk sgt mmg akan menjejaskan tarikan satu2 pusat membeli belah.
    wawa recently posted…22 Ogos 2014 – Hari Berkabung MalaysiaMy Profile

  12. Kadang-kadang rimas dengan peraturan macam tu check barang-barang satu persatu, ada lagi tu siap chop resit motif buat benda buat tu pun aku tak tahu. hahaha. First time dengar nama MAKRO. Feveret selalu pergi hyper marker iaitu AEON.

  13. setuju, benda2 macam tu menyusahkan. apa guna cctv? apa kata hire lebih banyak guard jalan2 dlm pasaraya klu risau sangat berlaku kecurian.
    Zuan recently posted…Beef Burger @ Mustafa Jones Burger & BBQMy Profile

  14. Huih, aku penah kna tahan ngan pakgad giant (kalo x silap), sbb aku pakai sweater time tu. Dia suruh aku bukak sweater tu dulu, baru dia lepas kasi masuk supermarket. Sorry la aku nak bukak, aku blah je la… biar kawan2 aku masuk sudah, aku tggu kat area luar n lepak kat kiosk makanan. Tu zaman student… hahah ;p
    plain83 recently posted…WordlessWednesday #4: Boy Court?My Profile

  15. normal la tu..yg jenis niat tak baik tu mmg mcm2 cara diorg buat untuk mencuri..yg jadi mangsa org yg betul2 dtg untuk membeli belah…so bila kita nak masuk hypermarket ni kena ikut jugak la peraturan yg disediakan..klu tak suka, pergi je mini market kat kawasan perumahan tu 🙂
    ewanthology recently posted…chelsea fc : 2 wins out of 2 !!My Profile

  16. konsep makro untuk pembelian pukal untuk orang berniaga, mungkin tak sesuai dah sebab banyak hypermarket lain yang harganya pun murah dengan tak perlu beli banyak.
    Denaihati recently posted…Pusat Penjagaan Kesihatan Al Ansar Health BangiMy Profile

  17. makro dulu femes…nak membeli kena ada kad keahlian..tapi tak pernah masuk pun..lagipun mak pergi makro pun kalau jiran ajak je..
    Azlealee Bashir recently posted…Tergendala sekejap..My Profile

  18. Serius..kalau macam ni memang saya fikir dua kali nak pergi..haha
    Hafizul recently posted…Kecewa Dengan Kejayaan Orang LainMy Profile

  19. Makro popular zaman tahun 2000 .Masa tu aku duduk di Seremban 2.Selalu ke sana bukan untuk membeli tapi bergayut di public phone. 🙂
    Mohd Azrin bin Abu Bakar recently posted…Semuanya Qada dan QadarMy Profile

  20. ya la dulu2 sempat gak gie makro
    mcm2 ada…sekrg ni bersepah hyper market
    sampai tak tahu dah nak prg mana 1…
    lynn recently posted…Subhanallah YA ALLAH berikan LAH kedamaian di PALESTINMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge