Home / Catatan / Anjing

Anjing

Anjing I have no idea

Hari Sabtu zaman aku sekolah rendah dulu adalah hari kegiatan ko-kurikulum dan pada hari Sabtu ni perkhidmatan Feri Sekolah dari kem askar tempat aku tinggal tak hantar budak ke sekolah hari tu.

Jadinya, sebagai murid skema yang cemerlang, gemilang dan terbilang, aku tetap patuh arahan pihak sekolah supaya hadir ke sekolah pada hari Sabtu. Padahal, dalam hati aku gerutu juga kerana pada pagi Sabtu ni lebih baik aku duduk rumah je sebab pagi Sabtu la yang ada banyak rancangan kartun best kat TV.

Kebiasaannya, untuk ke sekolah pada hari Sabtu, aku berjalan kaki dengan bebudak kem yang satu sekolah dengan aku. Ikutkan, jaraknya tu boleh tahan juga jauhnya. Dari kem aku di Jalan Tambun hinggalah ke sekolah aku yang terletak di Taman Canning. Tentunya, jalan-jalan pintas akan dipilih untuk memendekkan waktu perjalanan.

Apa yang dirisaukan dengan jalan pintas ini adalah kebimbangan diserang anjing. Walaupun aku tidak pernah dengar cerita budak sekolah dikejar anjing di kawasan Taman Canning, kebimbangan untuk dikejar anjing itu tetap wujud dek kerana ada dikalangan member aku yang sama pergi ke sekolah suka bercakap besar. Malah, pernah juga mengacah-acah anjing di dalam pagar. Tapi setakat spesis kecik tak bahaya macam Chihuahua tu je la yang dikacaunya. Jenis besor macam Rottweiler dan German Shepherd aku tak pernah jumpa lagi kat Taman Canning tu.

Lagipun, waktu tu tak banyak anjing liar berkeliaran di sekitar Taman Canning.

Tapi sekali-sekala menggelabah juga bila disakat member-member lain pasal anjing kejar dalam perjalanan pergi balik ke sekolah tu. Bukan apa, waktu tu terfikir juga, kalau kena gigit nanti sakitnya dah tentu. Nak sertunya pula satu hal. Aku pada waktu tu bukan rajin sangat nak menyucikan diri. Tambah-tambah berkenaan najis mughallazah ni.

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

19 comments

  1. haha, aku pernah kena kejar, anjing kecik je pun..takde kempen mampu memadamkan trauma sampai dah besar ni
    SalbiahM recently posted…10 on-screen Bollywood couple favourite akuMy Profile

  2. Kakak ada tanda di lutut sampai sekarang gara-gara kena kejar anjing balik sekolah. Masa tu kakak baru belajar naik basikal, konon nak kayuh laju tapi last-last terjatuh. Yg gelihati bila ingat balik bila kakak jatuh anjing pulak berhenti kejar dan lari bila kakak baling batu.
    Kakzakie purvit recently posted…Muncurah kasih pada tanahMy Profile

  3. hahaha..niesa pernah kena kejar anjing wpn naik moto…terangkat kaki hampir kena gigit..kihkih…najis berat ni..ahaha
    niesa recently posted…❤️ Sabah yg Ohsemmmm!! ❤️My Profile

  4. kita tidak membenci anjing sebab dia pun makhluk Allah jg, tapi bila dah masuk dlm kategori najis mughallazah, memang akan lari sekuat hati bila jumpa anjing..walaupun anjing tu kiut-miut..
    nohas recently posted…Japan : Day 6 – Kyoto : Arashiyama – Romantic Train & Bamboo GroveMy Profile

  5. Anjing liar tu..bahaya la..biasa nya yang kecik2 tu suka ngikut gesel2 kat kaki tu..kalau yang besar dia kejar je.tapi kat rumah saya ni anjimng kecik yang suka kejer 0rang..rasa macam nak cepeuk je tuan nya sebab suka lepas anjing padahal dah tau anjing tu bukan jenis jinak dengan orang .
    diana recently posted…TEMPAHAN KEK , CREAM PUFF DAN BROWNIESMy Profile

  6. aku tak takut sangat dengan anjing (sebab tak pernah kena kejaq dengan anjing), aku takut dengan monyet (sebab pernah kena kejaq dengan segerombolan monyet yang ganas)… LoL
    plain83 recently posted…Burger, bege, baagaa… bargirl??My Profile

  7. saya pernah kene kejar ngan anjing masa tgh berjalan dr kete ke opis..nasib baik la ade cina2 yg keje workshop tlg halaukan..fhuhhhh..jantung kencang rase mcm bru pas abis belari ngan usain bolt..ahahahahahah..
    Falsya recently posted…:: Adab Datang/Ketuk Rumah Orang ::My Profile

  8. jgn cari pasal bro 🙂
    ewanthology recently posted…aina’s day out : kidz paradise, the minesMy Profile

  9. pernah di kejar anjing memang menakutkan
    Aku penghibur recently posted…Masalah Dan Ujian Itu Mendewasakan KitaMy Profile

  10. Anjing ni yang buat kita bertambah takut disebabkan hukum. Klu tak, ibarat mcm kita takut dgn ular atau binatang berbahaya yg lain. Hukum tu yg kita kena jaga kan..

  11. sis pernah ada pengalaman anak anjing mengekor sis ke mana saja sis pergi sedangkan kat bus stop tu ada byk lagi manusia … masa tu cuma fikir camna nak cuci najis mughallazah tu … huhuhuuu

  12. Saya mmg penakut ngan anjing.

  13. saya memang takut anjing lebih2 lagi anjing liar..
    Azlealee Bashir recently posted…Alhamdulillah mak semakin sihatMy Profile

  14. takde kenangan yang menakutkan dengan anjing tapi perasaan takut dan ngeri tu memang ada..

  15. Ada setengah anjing ni memang suka menyakat manusia. Bengang jugak kalau jumpa anjing macam ni
    sabree hussin recently posted…“Masih Ada Yang Prihatin” – Program Kelab Generasi Warisan Prihatin di Sg BesarMy Profile

  16. Area taman sini pun banyak Anjing.Pernah juga ambil jalan jauh masa jalan kaki takut kena kejar anjing
    Muhamad Hirman recently posted…Pakej Blog Shaklee Dan Online CoachingMy Profile

  17. anjing lalu sebelah pun dah ketaq lutut ni kan kalau dikejar

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge