Home / Teknologi / Blogging / Harapan terhadap penulisan Blog

Harapan terhadap penulisan Blog

Mulanya aku buat blog ni hanya untuk suka-suka je. Takda niat pun nak jadikannya sebagai sumber pendapatan sampingan atau gunakan sebagai platform untuk menjadi terkenal bak seorang selebriti. Market blogging Malaysia ni besar mana pun. Nak pulak tulis guna medium Bahasa Melayu.

To Blog or Not to Blog
SAP

Maaflah kalau ada yang membaca tulisan aku ni seperti melemahkan semangat korang untuk berblog. Tapi pendapat aku berikan ni berdasarkan statistik jumlah penduduk Malaysia. Mengikut perangkaan rasmi dari Jabatan Statistik Malaysia, jumlah terkini adalah 29,834,700 orang.

Dari jumlah berkenaan, bukan semua orang di Malaysia ini mudah mendapat akses internet. Jika dapat sekalipun, belum tentu mampu beri komitmen membayar yuran langganan yang tidak sepadan antara harga dan tahap perkhidmatannya. Itu belum ditolak dengan sebahagian rakyat Malaysia yang jarang berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu. Tolak lagi dengan tabiat kurang membaca masyarakat Melayu. Entah berapa peratus lah yang tinggal untuk pasaran Bahasa Melayu di internet ni dari keseluruhan jumlah penduduk Malaysia.

Sebab itulah aku agak skeptikal jika ada yang beranggapan menulis blog adalah jalan mudah untuk mendapat pendapatan sampingan yang lumayan. Alasan bahawa sudah ada penulis-penulis yang sudah berjaya mendapatkannya tu memang aku tak nafikan. Cumanya, jumlahnya tu hanya segelintir sahaja dan bukannya sebahagian besar dari keseluruhan penulis-penulis blog bahasa Melayu.

Ramai yang menaruh harapan besar untuk menjana pendapatan lumayan dari aktiviti blogging ini telah pun kecundang di pertengahan jalan. Ini bukanlah berpunca kepada sikap mereka yang lemah semangat atau mudah berputus asa. Tidak. Ada antara mereka-mereka ini telah pun sedaya upaya cuba meningkatkan trafik ke blog masing-masing melalui pelbagai pendekatan. Namun, tidak banyak yang boleh diharapkan dari pasaran internet bahasa Melayu buat masa ini.

Banyak faktor yang menyumbang terhadap mengapa trafik blog bahasa Melayu agak slow jika dibandingkan dengan trafik yang menggunakan bahasa utama dunia lain seperti English. Selain dari faktor utama masalah akses internet untuk kebanyakan rakyat di Malaysia, faktor budaya dan tahap penggunaan bahasa Melayu itu sendiri turut memainkan peranannya.

Kita tidak seperti bahasa Indonesia yang memiliki bilangan penuturnya yang ramai dek kerana jumlah populasinya mencecah 237 juta jiwa. Apatah lagi penggunaan bahasa Indonesia dikaitkan dengan sejarah perjuangan nasionalisme mereka menentang penjajahan Belanda serta dipasakkan lagi dengan semangat Pancasila. Justeru, tidak hairanlah jika para pembangun sistem-sistem ICT di seluruh dunia sudi menyediakan perisian versi bahasa Indonesia. Pembangun IT seperti Firefox, WordPress, Canonical (Pembangun Ubuntu) adalah antara yang menyediakan aplikasi khusus dalam bahasa Indonesia.

Soal jumlah pengguna bahasa ini amat penting dalam pemasaran internet kerana ia menjadi faktor penentu kepada jumlah kemasukan trafik ke satu-satu laman web. Pastinya, jumlah trafik yang mencanak naik ini akan menjadi pendorong kepada pengiklan-pengiklan untuk menumpang tapak ke laman tersebut. Di mana, ia seterusnya akan menjadi punca kepada penjanaan pendapatan untuk sesebuah laman web atau blog.

Perjalanan untuk meluaskan penulisan blog bahasa Melayu ini sebenarnya masih terlalu jauh lagi. Tambahan pula dalam struktur sosio politik Malaysia, persepsi terhadap dunia penulisan blog seringkali mencapah kerana acapkali dikaitkan dengan politik kepartian. Walhal, penulisan blog ini amat meluas bidang yang boleh dirangkuminya. Bukan sekadar omong-omong politik seperti Tukar Tiub ataupun menjadi tempat menyediakan klip-klip video lucah.

Sehingga itu, mungkin sudah sampai masanya aku menumpukan bidang penulisan aku kepada medium English pula. Pastinya, aku tidak berniat untuk mengubah blog ini menjadi English 100%. Cuma akan membuka ‘kedai’ baru yang menggunakan bahasa bekas penjajah kita itu.

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

14 comments

  1. jika bro yakin menulis dalam BI maka itu yang sebaik-baiknya dalam mendepani arus globalisasi
    Hero Borneo recently posted…Blog Terbaik Wanita WordPress 2015My Profile

  2. Bro, apa kata kalo ko rajin2kan lg up entry yg ada drawing/doodles yg ko lukis sendiri? Cincai2 pn takpa, hehe ;3
    plain83 recently posted…WordlessWednesday #13 – From kitty to bunny, is that even possible?My Profile

  3. Aduhhh.. lemahnye semangat membaca entry ni! hihiii.. tak laa.. Nurul pun tak tau napa Nurul buat blog.. suka berkongsi barangkali.. kalau dapat pendapatan sampingan sure lagi best :)))
    Nurul Hidayah recently posted…Deep Thoughts # 2My Profile

  4. pendapatan melalui blog tu anggaplah secara sampingan sahaja..klu mengharap sgt mmg kecewa sebab selalunya x seberapa.
    mohdhiruan recently posted…not from my 50 centsMy Profile

  5. LAKUKAN APA YG DIFIKIRKAN TERBAIK…SEMOGA SUKSES.

  6. Menulis dan terus menulis.. minat yg ada jngn dipersiakan. Saya pun ada blog inggeris yg dah mcm nak mati je.. walaupun mcm tu hari2 tetap ada pengunjung walaupun dah berbulan2 tak update. Menarik juga idea tu… semoga sukses selalu… aamiin.. 🙂
    Khir Khalid recently posted…Ranking Alexa Dan Program AffiliateMy Profile

  7. semoga penulisan blog kita dapat memberi manfaat pada orang lain.
    ikhwan recently posted…Objektif Kerjaya Yang Diperlukan Oleh GraduanMy Profile

  8. yang tahu bahasa orang putih mudah pula dapat banyak job dalam dunia online
    Sejarah Bangsaku recently posted…Melakukan Bukan Membayangkan PenyelesaianMy Profile

  9. Jika sesuatu penulisan itu original, dan berkualiti pasti pembaca akan suka. Saya sendiri sekarang sedang membina kredibiliti, dan cuba mendapatkan pembaca tegar. Yang bersedia membaca setiap artikel baharu yang dikongsikan.

    Ianya tidak akan datang sekelip mata, perlukan masa untuk menarik pembaca setia.
    Helmi Aliarit recently posted…Kapal Terbang Ini Cuba Mengelilingi Dunia Dengan Hanya Menggunakan Tenaga Solar.My Profile

  10. boleh buat pendapatan sampingan, buat bayar bil letrik.
    Dr Fattah recently posted…Contoh Soalan Temuduga Latihan Separa PerubatanMy Profile

  11. Saya tertarik dengan artikel yang anda buat
    Saya juga mempunyai web serupa tentang Penulisan – Penulisan anda dapat mengunjungi http://pena.gunadarma.ac.id/ untuk info lebih lanjut mengenai Penulisan yang lainnya.
    angga putra recently posted…Saya tertarik dengan artikel yang anda buat
    Saya juga mempunyai web serupa tentang Penulisan – Penulisan anda dapat mengunjungi
    http://pena.gunadarma.ac.id/ untuk info lebih lanjut mengenai Penulisan yang lainnya.My Profile

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge