Home / Mobile / Android dan iOS, apa beza Sistem sumber terbuka dan sumber tertutup (Bahagian 1)

Android dan iOS, apa beza Sistem sumber terbuka dan sumber tertutup (Bahagian 1)

Kebanyakan pihak bersetuju bahawa sistem operasi Android dari Google lebih “terbuka” berbanding sistem operasi dari Apple, iOS yang dilihat lebih “tertutup”. Definisi ini memberikan banyak maknanya, dari kod sumber ke stor aplikasi hinggalah kepada sejauh mana sistem operasi ini membenarkan kita sebagai pengguna biasa boleh mengubahnya.

Sumber Terbuka (Sebahagian) lwn. Sumber Tertutup

Android adalah sumber terbuka dari pelbagai sudut. Salah satunya adalah sistem operasinya adalah berasaskan dari kod-kod yang diusahakan melalui projek “Android Open Source Project” atau singkatannya AOSP. Ia adalah sumber terbuka dan orang ramai boleh mengambil kod sumbernya dan membuat sistem operasi yang diubahsuai daripadanya. CyanogenMod adalah contoh ROM yang diubahsuai berasaskan kod AOSP ini. Malah, FireOS dari Amazon yang digunakan pada Kindle Fire dan Fire Phone juga mengambil kod asasnya dari projek ini.

Bagaimanapun, kini semakin hari semakin banyak Android yang hadir di dalam bentuk aplikasi sumber tertutup dan API-API dari Google Play Services. “Android” hari ini boleh ditafsirkan dari pelbagai bentuk. Walaupun ia pada asalnya adalah sistem terbuka, namun pada kebiasaannya cuma melibatkan sebahagiannya sahaja. Tambahan pula, kebanyakan telefon pintar hadir bersama bootloader yang telah dikunci – sesetengahnya boleh dibuka tetapi pengguna akan terdedah dengan risiko keselamatan. Oleh itu, untuk mengubah peranti sedia ada dengan sistem operasi Android pilihan pengguna sendiri adalah terlalu sukar.

Pada iOS dari Apple pula, ia dikirakan sebagai sistem operasi sumber tertutup. Walaupun terdapat sebahagian kecil kod-kodnya berasal dari sumber terbuka, majoriti besar sistem operasi ini berasaskan sumber tertutup. Untuk itu, kemungkinan menghasilkan sistem operasi baru dari kod sumber sistem operasi ini adalah hampir mustahil.

Apa maknanya ini semua untuk anda? Jika anda terlalu terdesak untuk mendapatkan ROM yang telah diubahsuai (custom ROM) untuk telefon anda dan ingin menggodek-godek sistem operasi untuk peranti, Android adalah pilihan yang lebih sesuai. Jika tidak, mana-mana jenis sistem operasi pun OK je. Selalunya, kebanyakan pengguna menggunakan custom ROM adalah untuk mendapatkan versi Android yang lebih moden pada telefon yang kemaskininya sudah tidak lagi disokong oleh pengeluarnya.

Imej diperoleh dari Phonearena
Imej diperoleh dari Phonearena

App yang boleh diperoleh dari tempat lain lwn. Hanya dari App Store

Pada Android, pengguna diberi pilihan untuk “install apps from unknown sources” (pasang aplikasi dari sumber tidak diketahui) melalui tetapan. Ini membernarkan pengguna untuk memasang aplikasi di luar dari Google Play. Lagipun, polisi Google terhadap aplikasi di dalam Google Play agak longgar jika dibandingkan dengan Apple.

Di dalam iOS, pengguna hanya dibenarkan untuk memasang aplikasi dari App Store sahaja. Jika Apple tidak memperakukan sesebuah aplikasi atau menyahkannya dari stor aplikasi, ia kemudiannya langsung tidak dapat digunakan oleh pengguna. “Sideloading” aplikasi yang tidak diperakukan memerlukan pengguna untuk melakukan “jailbreak” terlebih dahulu, di mana proses untuk melakukannya agak sukar.

Apa maknanya kepada pengguna? Bergantung kepada cara anda menggunakan telefon pintar, beberapa perkara akan memberikan kesan terhadap penggunaan telefon pintar anda. Misalnya, di dalam App Store Apple, aplikasi seperti emulator permainan video, klien BitTorrent dan lain-lain aplikasi yang dianggap kontroversi adalah dilarang sama sekali. Kerapkali Apple mengharamkan permainan-permainan yang memiliki kandungan kontroversi dari disenaraikan di dalam App Store.

Jika anda sememangnya inginkan aplikasi emulator permainan video seperti pengemulasi permainan video GameBoy, adalah lebih baik anda menggunakan peranti Android.

Imej diperoleh dari Tekrevue
Imej diperoleh dari Tekrevue

Bersambung ke Bahagian 2

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

2 comments

  1. SALAM PAGI SINGGAH BACA JER..

  2. Ada bhg 1.. boleh jadi rujukan terbaik buat mereka yg memerlukan ni.
    Khir Khalid recently posted…Yeo’s : Beramal Bersama Bintang Dan Menang Duit RayaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge