Home / Mobile / Cara Selamatkan Telefon terjatuh masuk Air

Cara Selamatkan Telefon terjatuh masuk Air

Insiden telefon bimbit masuk air sama ada akibat ia terjatuh atau dibasahi hujan ketika menunggang motosikal adalah sesuatu yang kadang-kadang tidak dapat dielakkan dalam hidup kita. Kebimbangan utama pengguna apabila telefon bimbit masuk air adalah kemungkinan besar ia boleh rosak dan tidak boleh dibaiki.

Namun, jika kena pada caranya, kita masih lagi dapat menyelematkan telefon bimbit berkenaan sebelum anda berfikir ingin melupuskannya dan menggantikannya dengan yang baru. Cara menyelamatkan telefon bimbit yang terjatuh ke dalam air ini perlukan masa sekurang-kurangnya tiga hari untuk memastikan ianya benar-benar pulih untuk dioperasikan, bermula dari;

Langkah 1: Tanggalkan bateri

Paling penting sebaik sahaja anda mendapati telefon anda dimasuki air adalah menanggalkan baterinya seberapa segera. Kebanyakan kerosakan yang diakibatkan dari telefon masuk air adalah kejadian litar pintas.

Selain bateri, kita juga perlu menanggalkan sebarang penutup atau komponen luaran telefon terbabit untuk membolehkannya kering dengan lebih cepat, termasuklah kad SIM dan kad SD.

Imej dari Gazelle
Imej dari Gazelle

Jika telefon bimbit anda tidak boleh ditanggalkan baterinya, pergi ke langkah seterusnya.

Langkah 2: Matikan telefon bimbit anda

Tindakan pantas anda mematikan telefon bimbit anda yang dimasuki air mampu menyelamatkan nyawanya. Jika anda sengaja menangguh-nangguhkannya, kemungkinan besar telefon bimbit anda akan pergi tak kembali.

Imej dari
Imej dari Thanhnien

Ia menjadi pilihan untuk mengelak berlakunya litar pintas bagi telefon bimbit yang baterinya tidak boleh ditanggalkan sebelum pergi ke langkah seterusnya.

Langkah 3: Tanggalkan telefon bimbit anda satu-persatu

Jika anda tidak suka atau tak mahu untuk menanggalkan telefon bimbit anda, boleh langkau ke langkah 4.

Bagi yang sudah biasa menggodeh barang-barang dan tak kisah jika secara tak sengaja menjahanamkan barang seperti saya, anda boleh mula menanggalkan kerangka telefon bimbit menggunakan pemutar skru untuk mengeluarkan papan litarnya supaya ia boleh dikeringkan dengan udara biasa bersuhu bilik.

Nota: Membuka dan menanggalkan telefon bimbit yang masih dalam tempoh jaminan boleh menyebabkan ia tidak layak untuk ditukar ganti. Oleh itu, jangan usik jika ia masih di dalam waranti dan rujuk dengan pihak pengeluar berkenaan cara untuk mendapatkan penggantian.

Langkah 4: Keringkan dengan pengering rambut

Imej dari Day2DayMom
Imej dari Day2DayMom

Pengering rambut adalah cara terbaik mengeringkan komponen-komponen dalaman telefon bimbit yang basah akibat dimasuki air. Cuma anda harus ingat untuk menetapkan pengering rambut kepada tetapan tanpa pemanas. Ini kerana, jika udara panas yang dihembuskan dari pengering rambut, dibimbangi wap-wap air akan terhasil lantas menjadikan keadaan menjadi lebih rumit.

Langkah 6: Masukkan ke dalam bekas beras

Jika anda masih lagi bimbang kalau-kalau masih lagi terdapat saki baki air di dalam telefon bimbit anda, anda boleh meletakkannya di dalam beras. Ini kerana, beras mampu menyerap lembapan pada udara disekelilingnya walaupun proses ini memakan masa yang lama. Tempoh yang diperlukan untuk ia benar-benar kering adalah sekitar 72 jam. Ada juga sesetengah pendapat yang mengatakan meletakkannya dalam tempoh 36 jam pun sudah memadai. Namun, ini cuma hal khilafiah sahaja dikalangan Juruteknik Komputer, terpulang kepada pengguna untuk mengikut pendapat mana.

Imej dari Penjenayah Cyber
Imej dari Penjenayah Cyber

Cuma, jika telefon bimbit anda terjatuh ke tempat yang kotor seperti lubang tandas misalnya, asingkan beras yang anda ingin gunakan untuk mengeringkan telefon bimbit tersebut dengan bekas yang lain. Jangan pula anda letakkan telefon bimbit itu ke dalam bekas beras yang biasa anda gunakan. Jika opah anda marah, penulis tidak bertanggungjawab dalam hal ini.

Langkah 7: Usaha, doa dan tawakkal

Selepas anda melakukan segala usaha yang terbaik, seeloknya anda berdoa dan bertawakkal supaya telefon bimbit anda kembali pulih seperti sedia kala. Bukan apa, jika ianya rosak teruk sampai perlu dihantar ke kedai untuk repair atau perlu beli baru, dibimbangi akan menganggu bajet bulanan anda di saat kita semua rakyat terpaksa berjimat cermat akibat kenaikan kos sara hidup yang mencanak akhir-akhir ini.

Tip bonus: Pakai cover kalis air atau beli telefon yang kalis air

Jika telefon anda kerap masuk air kerana kena hujan ketika naik motosikal atau terjatuh ke dalam lubang tandas, anda mungkin perlu menimbangkan untuk menggunakan cover kalis air.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan telefon pintar kalis air, model telefon pintar seperti Sony Xperia XZ, dan Samsung Galaxy S8  adalah pilihan terbaik. Kesemua model ini mempunyai penarafan IPX7 di mana ia mampu bertahan selama 30 minit apabila direndam di dalam air yang berkedalaman 1 meter.

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

27 comments

  1. Saya pernah hadapi 2 kali peristiwa seumpama ini. Kali pertama henfon dalam seluar masuk mesin basuh. Rosak teruk…memang tak dapat diselamatkan langsung! Kali kedua masuk air (agaknya air hujan??), bawa pergi kedai kos repair dan ganti peralatan baru RM200 juga….

    Terima kasih atas tips ini…
    JR recently posted…Terima Kasih Cikgu Kerana Menghina Saya!!My Profile

  2. Nice tips. Tak pernah lg hp jatuh dlm air, harap tak akan jadi la huhuh… sony xperia mmg kekal di hati gua hihih ;3
    plain83 recently posted…My COVER of Let Me Hear (OP in Parasyte the Maxim) – by Fear, and Loathing in Las VegasMy Profile

  3. belum pernah alami lagi..mintak dijauhkan..dah la nak dapat susah..hehehe

  4. Errr….rasanya admin terlupa masukkan langkah ke 8…….

    BELI BARU.

    Hehe….jangan marah admin. Gurau. Gud tips apa yang admin tuliskan di sini dan saya dah buat
    hampir ke semua langkah2 di atas tu satu ketika dulu.

  5. Pernah hari tu hp wife x bleh nak charge sebab kena air..mujur masih dalam warranty..repair free 😉
    mohdhiruan recently posted…guard of honourMy Profile

  6. hp sy pernah terjun ala2 pandalela rinong dlm sungai… berenang2 ia didalam situ. mujur….sy off dan biarkan dulu. Alhmdulillah elok lagi smpai hari ni.
    chot recently posted…Bengkak SusuMy Profile

  7. Tak pernah kena lagi.. tapi klu kena haru juga ni.. thanks sharing tips ni SY..
    Khir Khalid recently posted…Motivasi Guru : Makbulnya Doa Seorang PendidikMy Profile

  8. teringat blackberry masuk dalam kuah dal masa makan roti canai 3 bulan lepas. Alahai… tak dapat nak di selamatkan. huhuhuh

  9. fon sony xperia T2 ultra baru ja berenang macam ikan dalam sungai masa hiking semalam. memang tak boleh on. uwaaaaa sekarang tengah test timbun dalam beras. harap menjadi 🙁

  10. kalau phone HTC desire eye jatuh dlm air laut then screen xleh on tp charge masih bleh…cmner tu?LCD screen rosak atau komponen dlm mmg rosak…

  11. agak2 berapa kos kalau baiki phone (tmpat charge) yg x dapat detect sbb terkena air? mkn ratusan eh?

  12. setakat ini pernah beberapa kali kena..hp memang hidup balik dan jangka hayatnya tak lama selepas itu..
    Hanafi recently posted…Kerjaya Sebagai Pengurus Kewangan KorporatMy Profile

  13. situasi ini memang membimbangkan nak2 time takde bajet

  14. kalau dah masuk air tapi saya dua tiga kali on baru letak dalam beras boleh okay ke ?

    • Selagi board tu belum short circuit, patut boleh OK bila dah kering nanti. Tapi kalau dah short circuit sampai cip pun terbakar, memang kena hantar kedai kasi repair la jawabnya.

  15. Kalau letak dalam beras selama beberapa jam pastu on balik tp dpt digunakan .. jangka hidup henfon lame tak bang? Saye guna lenovo a6000 jatuh dalam air selama 2 saat je 😭😂

  16. Sy punye fon skrin dia dah gelap da 😥 xprasan plk tkena air. Blh baik ke klu letak dlm beras.. skrin dia.. innalillah.. nk pastikan je ni..

  17. fon saya masuk air skrin jd malap2 lpas tu asyik on off sndiri..lastly dye of tros..da try guna hairdryer and letak dlm beras tp boleh ke on ke lpas tu?? satu lagi brape lama nak letak dlm beras tu ye?

  18. iphone saya termasuk dlm bowl tndas pastu dia still on but hang.lama sikit lps tu baru boleh off.so klau saya tunggu 2 hari baru letak dlm beras boleh ke?

  19. Note 5 sy jatuh dalam baldi..button back x berfungsi,apa patut sy buat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge