Home / Mobile / Punca Kenapa Telefon Pintar, Tablet jadi cepat Panas

Punca Kenapa Telefon Pintar, Tablet jadi cepat Panas

Peranti elektronik biasanya akan menjadi sedikit panas apabila ianya sedang berfungsi. Ia adalah kesan sampingan yang hampir tidak dapat dielakkan bagi mana-mana peranti, baik ketika sedang dicaskan atau sedang dikendalikan. Ia bukan sahaja melibatkan peranti seperti telefon pintar atau tablet, peranti lain seperti laptop, TV berdefinisi tinggi atau kotak dekoder Astro pun boleh terasa panas apabila disentuh.

Walaupun peranti elektronik menjadi panas itu adalah normal, tidak bermakna ianya adalah sesuatu yang bagus. Bagi pengguna, menggunakan peranti yang sedang kepanasan bukanlah sesuatu yang menyeronokkan, malah ia akan mewujudkan kebimbangan kalau-kalau ia mampu mendatangkan kecederaan kepada pengguna.

Menurut kajian, bateri lithium-ion pada kebiasaannya menyimpan 40 peratus cas dan mengeluarkan haba pada sekitar 40 darjah Celcius apabila digunakan. Ia boleh meningkat lebih tinggi lagi jika dibiarkan pada charger seharian seperti yang biasa dilakukan oleh pengguna laptop.

Oleh itu, apa yang boleh dilakukan oleh pengguna telefon pintar apabila berhadapan dengan situasi peranti menjadi panas?

Terdapat tiga punca utama yang biasa dikaitkan dengan mengapa telefon pintar anda menjadi panas;

  • Isyarat selular yang lemah
  • Beban pemprosesan yang melampau
  • Mengecas bateri

Isyarat selular yang lemah

Di Malaysia, isyarat telekomunikasi untuk capaian internet mudah alih oleh syarikat-syarikat telco tidak konsisten. Ia mungkin disebabkan jumlah pengguna telefon mudah alih di Malaysia yang semakin berkembang dan ditambah pula dengan kekangan prasarana di sesetengah tempat terutamanya di kawasan pedalaman.

Kesannya, telefon pintar atau tablet kita akan berterusan mencari isyarat telekomunikasi hingga memberikan kesan terhadap penggunaan tenaga bateri serta menjadikan peranti lebih cepat panas.

Malangnya, untuk masalah ini tidak ada lagi penyelesaian secara total melainkan anda perlu menutup sementara penggunaan data selular pada peranti anda.

Beban pemprosesan yang melampau

Seperti yang telah dinyatakan pada awal artikel ini, pemprosesan telefon pintar atau tablet mampu menjanakan haba yang agak tinggi pada satu-satu masa. Semakin banyak proses yang dilakukan, semakin panas lah jadinya pemproses itu. Ia juga boleh menjadi panas ketika sedang mendapatkan isyarat selular dari telco atau terdapat aplikasi-aplikasi yang sedang berjalan pada background.

Anda mungkin boleh mengurangkan penggunaan pemprosesan peranti anda dengan mematikan sesetengah aplikasi-aplikasi yang dirasakan tidak diperlukan pada tetapan telefon pintar atau tablet anda.

Mengecas bateri

Aktiviti mengecas bateri peranti secara umumnya adalah selamat dilakukan jika kena pada caranya. Jika tersalah langkah, seperti menggunakan pengecas tiruan atau yang sudah rosak, ia mampu mengundang bahaya.

Sebagai langkah keselamatan, cuba elakkan dari menggunakan pengecas tiruan. Biarlah bermodal sikit mendapatkan pengecas yang asli dari pengeluar peranti asalkan anda selamat.

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

10 comments

  1. tab sy selalu panas bila sy guna terlalu lama..tapi biasalah kalau dah buat online bisnes kne ngadap tab tu lama sikit…kadang2 risau gak sebab tab selalu jadi panas.
    kaki pelangi recently posted…BAGAIMANA VIVIX MELAWAN SEL KANSER?My Profile

  2. selalu time cas. selalu panas.. huhu

  3. barang elektronik, makin banyak fungsinya makin cepat panas..makin cepat rosak.
    mohdhiruan recently posted…‘ala kadar’ yang bagaimana dipanggil ‘ala kadar’?My Profile

  4. Assalamualaikum,
    Sebelum ni tak adalah panas macam tu, sejak akhir2nya panasnya semacam. naik gerun nak guna.
    ikutkan pengalaman lepas, tu tanda-tanda nak jadi arwah
    Anyss recently posted…Tips Berjimat Sepanjang Bulan PuasaMy Profile

  5. Main game selalu pun boleh jadi panas.
    adarain recently posted…Tempat Berbuka Puasa Sepanjang Minggu Pertama RamadhanMy Profile

  6. Semenjak hp sye tercampak ke lantai dengan kuat hp sye mnjadi cepat panas smpai boleh melecur ketika sye bermain game dan cepat kehabisan beteri T_T…kena tukar hp bru nmpk nya T_T

  7. iphone 5s saya mnjadi panas dan bateri 100% habis dlm 2jam(data on)..kenapa ye?..baru 3 bulan pakai..

  8. tulah kan risau jugak kalau handphone panas lama sangat
    Ira recently posted…Tips Travel Dengan Anak-anak Kecil Tanpa Marah-marahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge