Home / Teknologi / Perisian / Kereta Pintar Honda bakal gunakan Android Auto dan sokongan CarPlay

Kereta Pintar Honda bakal gunakan Android Auto dan sokongan CarPlay

Honda mengumumkan bakal menyertakan penggunaan Apple CarPlay dan Android Auto pada keluaran mereka akan datang. Pengumuman ini dibuat di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) baharu mereka di Mountain View California.

Model pertama yang bakal mengimplementasikan penggunaan teknologi ini adalah Honda Accord keluaran tahun 2016 nanti. Sebagai nilai tambah kepada usaha mereka dalam mengintegrasikan sistem mereka dengan telefon pintar Android dan iPhone, syarikat automobil ini turut akan menerbitkan API terbaru yang digunakan pada projek kerusi bergerak mereka, Uni-Cub.

API Uni-Cub ini boleh didapati menjelang musim luruh nanti untuk kegunaan para pembangun yang berminat dalam membina aplikasi yang boleh digunakan pada kerusi bergerak.

Selain dari Honda, pengeluar-pengeluar automobil utama dunia sudah pun mula mengimplementasikan penggunaan teknologi terkini dalam penghasilan kenderaan motor masing-masing. Syarikat automobil Audi misalnya, kini sedang giat membangunkan sistem bantuan pemanduan berpusatnya sendiri yang dikenali sebagai zFAS (zentrales-fahrerassistenzsteuergeraet) bakal menjadikan kenderaan lebih pintar ketika digunakan.

Penggunaan teknologi proprietari dari Google dan Apple ini dilihat mampu mengurangkan belanja kos penyelidikan dan pembangunan yang perlu diperuntukkan oleh Honda. Namun, pada sudut lain ia turut memberikan kesan negatif di mana Honda tidak bebas untuk mereka bentuk dan mengubahsuai sistem mengikut kehendak sendiri kerana terikat dengan syarat dan terma yang dipatuhi apabila menggunakan sistem-sistem yang dihasilkan oleh Google dan Apple ini.

-Sumber berita diperoleh dari ReCode

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge