Home / Komputer / 5 Cara tingkat prestasi laptop dengan SSD tanpa korbankan kapasiti storan

5 Cara tingkat prestasi laptop dengan SSD tanpa korbankan kapasiti storan

Menggabungkan penggunaan SSD dan hard disk tradisional dalam satu-satu masa memberikan kelebihan dari segi kelajuan dan juga ruang storan yang besar. Namun, malangnya kebanyakan laptop yang berada di pasaran tidak membenarkan pengguna untuk memasang lebih dari satu hard disk.

Sungguhpun SSD mampu meningkatkan kelajuan komputer secara drastik, dari sudut nilai harga per gigabitnya, ia masih terlalu mahal berbanding hard disk tradisional. Oleh sebab itu, kebanyakan pengguna pada kebiasaannya memilih SSD berkapasiti sekitar 64GB atau 128 GB kerana jenis ini ditawarkan pada harga yang lebih munasabah.

Atas faktor ini, penggabungan kedua-dua jenis hard disk. SSD dan tradisional adalah cara terbaik meningkatkan kelajuan komputer tanpa perlu mengorbankan faktor ruang storan. Kalau pada komputer desktop, hal menggabungkan kedua-duanya sekali bukanlah satu masalah yang besar (bila tolak tepi soal bajet).

Tapi, bagi pengguna laptop, menggantikan storan hard disk tradisional dengan SSD bukanlah sesuatu mudah. Banyak faktor yang perlu diambil kira memandangkan faktor reka bentuknya yang kompak menyukarkan pengguna untuk memasang lebih dari satu storan. Lagipun, pengguna perlu mengorbankan faktor ruang storan yang besar apabila menggantikan hard disk tradisional dengan SSD.

Untuk itu, pengguna laptop perlu memikirkan beberapa cadangan alternatif lain jika berhasrat menggunakan SSD sebagai storan utama laptop, seperti;

Menggunakan pemacu hibrid 2-dalam-1

Perkakasan seperti Western Digital WD Black² menggabungkan dua pemacu – SSD dan hard disk tradisional – ke dalam satu bekas dengan satu sambungan SATA. Ini bermakna hard disk WD Black² ini memiliki 120GB SSD dan 1TB HDD, justeru membolehkan pengguna memiliki kepantasan dan ruang storan yang lebih besar pada satu perkakasan.

WD-Black Kuasa 2Apa yang menjadi masalah pada perkakasan seperti ini kesukaran untuk memasangnya. Pengguna perlu memasangnya melalui satu perisian khusus untuk pemasangannya. Tambahan pula, pengguna tidak boleh melakukan clone dari hard disk lama ke dalam hard disk hibrid ini.

Satu lagi masalah lain adalah, perkakasan ini mempunyai ketebalan 9.5 mm dan sesetengah laptop dengan reka bentuk tipis tentunya tidak boleh memuatkan hard disk ini.

Pemacu storan hibrid jenis cache

Mirip teknologi pemacu hibrid 2-dalam-1 tadi, cuma dengan cara yang berbeza. Pemacu storan jenis ini seperti Seagate SSHD menggunakan flash RAM sebagai cache untuk meningkatkan kelajuan hard disk. Tapi di dalam komputer dan Windows, ia kelihatan sebagai satu pemacu tunggal. Oleh itu, pengguna boleh melakukan clone dari hard disk lama ke hard disk jenis ini.

Seagate SSHD LineIa juga hadir dalam pelbagai saiz dan ketebalan. Maka, dengan itu pengguna boleh mendapatkannya mengikut kesesuaian ruang yang menempatkan hard disk pada laptop masing-masing.

Cuma, masalahnya adalah ia tidak sepantas pemacu hibrid 2-dalam-1.

Guna hard disk SSD dalam laptop, kat luar guna external hard disk

Ini adalah cara alternatif yang paling murah dan mudah. Tapi pada masa yang sama ia juga adalah cara yang paling lembab dan paling tak boleh diharap.

Melalui cara ini, pengguna boleh melakukannya dengan pasang SSD pada laptop, install Windows dan lain-lain program yang anda kerap gunakan pada SSD berkenaan. Lain-lain data yang kadang-kadang je anda gunakan, letakkan kesemuanya pada external hard disk.

Paling best, anda gunakan external hard disk anda bersama-sama port USB 3.0 pada laptop anda. USB 2.0 pun boleh pakai jugak, cuma sabar tak sabar je la bila korang rasa lembab semacam je bila bukak fail dari external hard disk tu.

Network Attached Storage

Cara ini amat sesuai jika anda mempunyai banyak peranti di dalam rumah anda. Ia boleh menjadi tempat simpanan data-data (dropbox) bagi kesemua peranti yang ada selain dari laptop anda. Cara untuk memasangnya agak rumit serta memerlukan anda memasang rangkaian setempat (LAN) terlebih dahulu jika ingin menggunakannya.

WD NASNamun, ia amat berbaloi untuk jangka masa panjang kerana faktor storannya yang amat besar selain boleh dipertingkatkan untuk diakses di luar melalui internet dengan menyediakannya sebagai storan awanan persendirian (private cloud).

Beli aje la SSD yang besar kapasitinya

Cara ni memang cara yang paling kopak. Samsung EVO 850 1 TB misalnya, dijual pada harga sekitar RM1650. Harga hard disk saje dah macam harga laptop sebijik.Samsung SSD Evo 850 2TB

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Check Also

Acer Swift 5 kini di Malaysia, harga bermula dari RM3,499

Acer secara rasminya mengumumkan ketibaan ultrabook Acer Swift 5 untuk pasaran Malaysia. Laptop peringkat pertengahan ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge