Home / Komputer / 5 Perisian Pengurusan Partition Percuma Terbaik untuk Windows

5 Perisian Pengurusan Partition Percuma Terbaik untuk Windows

Melakukan partition terhadap hard disk merupakan salah satu cara untuk kita menguruskan kandungan-kandungan di dalam storan komputer desktop. Pembahagian partition pada sesebuah hard disk membolehkan pengguna mengasingkan data-data tertentu yang mana masih boleh diselamatkan jika berlaku sebarang kerosakan pada sistem operasi.

Partition boleh dibuat sewaktu anda mula melakukan instalasi sistem operasi pada hard disk anda. Namun, kini terdapat beberapa perisian pengurusan partition percuma yang boleh melakukan secara terus tanpa perlu booting. Perisian pengurusan partition tersebut adalah seperti berikut;

EaseUS Partition Master Free

Versi percuma perisian ini membolehkan anda mencipta, menjelajah, memadam dan mengubah partition. Perisian ini juga membantu anda memindah, mensaizkan semula, menyembunyikan atau mendedahkan partition sedia ada tanpa merosakkan data-data di dalam hard disk yang terlibat.

Easus-PartitionKemudahan ‘Copy Wizard’ membolehkan anda meningkatkan saiz partition yang kecil ke ruangan yang lebih besar serta tugasan-tugasan berkaitan urusan partition yang relevan dengannya. Perisian ini juga menyokong hard disk yang berkapasiti maksima sehingga 4 TB dan menyokong pelbagai jenis sistem fail. Selain itu, ia juga boleh;

  • GPT partition
  • melakukan partition terhadap sistem fail Linux
  • memadam, memulihkan, memformat dan mencipta partition EXT 2 dan EXT 3
  • Menyapu dan menggabungkan bahagian-bahagian yang tidak diperuntukkan pada hard disk (wiping and merging unallocated parts of the disk)
  • Memindahkan sistem operasi ke SSD

Mini Tool Partition Wizard

Menawarkan antara muka yang mesra pengguna, perisian mensasarkan kepada pengguna-pengguna harian. Selain dari tugasan asas seperti mencipta, mensaizkan semula, memadam, memindahkan dan memformat, perisian ini juga boleh memulihkan partition.

MinitoolMini Tool Partition Wizard menawarkan;

  • Kefungisan yang bagus kerana membolehkan akses kepada partition-partition yang pernah dicipta pada hard disk berkenaan sebelum ini.
  • Memulihkan sepenuhnya data-data yang terdapat pada partition yang terdahulu
  • Data Protection Mode boleh digunakan ketika proses mengubahsuai partition pada hard disk. Mode ini dapat melindungi sebarang kerosakan data yang mungkin boleh berlaku sepanjang proses partition sedang dijalankan

AOMEI Partition Assistant

Perisian pengurusan partition untuk sistem operasi Windows ini mampu memudahkan urusan pengguna. Ia mampu menyokong kesemua sistem operasi Windows, dari Windows XP sehinggalah Windows 10.

AOMEI-PartitionIa membenarkan pengguna untuk melakukan;

  • Mensaizkan semula Partition
  • Mencantumkan Partition
  • Memisahkan Partition
  • Memindahkan  Partition
  • Meluaskan Partition
  • Membuat bootable drive/ CD
  • Mengubah disk antara GPT dan MBR

Paragon Partition Manager

Perisian ini hadir dalam bentuk berbayar dan juga yang percuma. Versi berbayar hadir dengan pelbagai fungsi manakala yang percuma pula terhad dengan beberapa fungsi asas yang terpilih seperti mencipta, mensaizkan semula, menyalin dan memadam partition.

GParted Disk Partition

GParted merupakan penyunting GNOME yang digunakan untuk mensaizkan semula, memadam, memindah, mencipta, menyalin, menjelajah, memformat, mengubah, menyembunyikan dan menyahsembunyi partition dengan hanya beberapa langkah mudah.

Lain-lain fungsi yang disokong oleh perisian ini adalah;

  • Sistem fail NTFS yang digunakan pada Windows
  • Sistem fail FAT yang digunakan oleh sistem operasi lain selain dari Windows
  • Sistem fail ext2, ext3 dan ext4 yang digunakan pada Linux
  • Peranti dan hard disk boleh alih
  • Pemulihan data dari partition yang hilang

 

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Check Also

OneDrive, Google Drive, iCloud Drive, Dropbox – Perbandingan Perkhidmatan Storan Awanan Popular (Cloud Storage)

Melalui perkembangan kemajuan teknologi internet, industri teknologi telah mula beransur-ansur beralih dari storan setempat ke ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge