Home / Mobile / Aksesori / CES 2017: Samsung perkenal aksesori Speaker Kalis Air dan Pencetak Mudah Alih

CES 2017: Samsung perkenal aksesori Speaker Kalis Air dan Pencetak Mudah Alih

Selain dari memperkenalkan barisan terbaru siri Galaxy A 2017 sempena 2017 ini, Samsung tidak ketinggalan memperkenalkan inovasi terbaru untuk produk-produk aksesorinya. Terkini, Samsung memperkenalkan pembesar mudah alih yang mampu memainkan muzik sehingga 30 jam dan pencetak mudah alih tanpa wayar yang boleh dimuatkan ke dalam poket anda.

Aksesori pembesar suara dan pencetak yang masing-masing dinamakan sebagai Level Box Slim dan Image Stamp diwujudkan supaya pengguna dapat menikmati muzik dan memori dengan lebih berkesan.

Pada ukuran 148.4 x 79 x 25.1mm, Level Box Slim merupakan speaker mudah alih yang kalis air. Sungguhpun pasaran untuk aksesori seumpama ini sudah tumpat dengan kehadiran produk dari Bose, Beats dan Sony, konglomerat dari Korea Selatan ini berpendapat penarafan IPX7 ini mampu mendatangkan keunikannya yang tersendiri.

Pembesar suara 8W ini turut hadir dengan bateri berkapasiti 2,600 mAh dan dipercayai mampu memainkan muzik tanpa henti selama 30 jam. Selain dari itu, pembesar suara ini turut mampu memainkan peranan seperti powerbank.

Turut diperkenalkan bersama-sama Level Box Slim adalah Image Stamp, pencetak mudah alih tanpa wayar. Ia agak berbeza berbanding dengan apa yang ditawarkan oleh LG buat masa ini. Melalui NFC atau Wi-Fi, pencetak ini boleh mencetak secara terus dari telefon pintar anda dan tidak seperti pencetak-pencetak mudah alih lain yang memerlukan nisbah imej 3:2, pencetak ini menggunakan nisbah 16:9 agar apa yang dicetaknya sama apa yang pengguna lihat pada paparan telefon pintar.

Image Stamp turut menawarkan pilihan untuk memasukkan kod QR pada foto yang dicetak untuk memuatkan maklumat berkenaan tarikh, lokasi dan lain-lain tentang foto berkenaan.

Sehingga kini, masih belum dikhabarkan berapa harga jualannya nanti dan dijangkakan aksesori ini bakal menemui pengguna sekitar awal tahun 2017 ini juga.

Sumber berita diperoleh dari Agensi Berita Yonhap

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

One comment

  1. Printer tu menarik… 😀 kita tunggu kehadirannya di pasaran Msia yer…
    Acikidah recently posted…Tatacara Pemakaian Lencana Sekolah Yang BetulMy Profile

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge