Home / Teknologi / Peralatan Rumah / Mesin Melipat Baju, Foldimate dipertontonkan di CES 2017

Mesin Melipat Baju, Foldimate dipertontonkan di CES 2017

Pameran CES 2017 bukan sekadar memperkenalkan teknologi berkaitan ICT semata-mata. Ia turut memperkenalkan teknologi terbaru untuk perkakasan rumah. Antaranya adalah mesin melipat baju automatik Foldimate yang dipertontonkan oleh syarikat yang menggunakan nama yang sama, Foldimate.

Syarikat US-Israel ini telah menghasilkan mesin yang mampu melipat selonggok pakaian yang belum dilipat dalam tempoh sekitar tiga minit sahaja. Pengguna hanya perlu menggantungkan tiap-tiap pakaian pada dua penyangkut yang disediakan pada mesin berkenaan dan biarkan ianya menjalankan tugasannya sehingga selesai. Pakaian yang telah siap dilipat akan diletakkan pada dulang di bawah mesin berkenaan.

CEO Foldimate, Gal Rozov menyatakan syarikatnya berhasrat menjadikan prototaip yang dihasilkan berfungsi pada tahun ini juga. Harga yang dijangkakan adalah sekitar $800.

Mesin Foldimate ini boleh dikatakan agak besar. Lebih kurang 2/3 saiz mesin basuh biasa yang kita gunakan di rumah. Ia mempunyai fungsi tambahan untuk meletakkan semburan pewangi atau cecair mengurangkan kedutan pakaian.

Terdapat beberapa kekurangan pada mesin ini. Antaranya, pengguna masih lagi perlu membutangkan sendiri pada pakaian-pakaian seperti kemeja, sebelum ianya boleh dilipat oleh mesin. Serta, ia tidak boleh melipat baju bersaiz XXL kerana terlalu besar dan stoking kerana ianya terlalu kecil untuk dilipat.

Tidak dapat dipastikan bila mesin ini akan hadir ke pasaran kerana sewaktu dipertontonkan, ia bukanlah mesin yang boleh berfungsi. Sebaliknya, ia hanyalah mock-up untuk mempersembahkan idea mesin melipat baju berkenaan.

Lagipun, berkenaan saiznya yang boleh dikatakan agak besar. Pengguna perlu memikirkan di mana ruang untuk meletakkannya.

Sumber berita diperoleh dari Tech Aeris

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

One comment

  1. ohh, ad pros and cons dia la mesin nih
    Ira recently posted…Kembali Sihat Setelah 7 Hari Mencuba ShakleeMy Profile

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge