Home / Komputer / Nasihat untuk naik taraf Windows XP ke Windows 7 atau Linux

Nasihat untuk naik taraf Windows XP ke Windows 7 atau Linux

Windows XP kini sudah tidak lagi menerima sokongan kemaskini dari Microsoft dan komputer-komputer yang menggunakan sistem operasi berkenaan terdedah dengan pelbagai risiko keselamatan dan serangan anasir-anasir semasa.

Untuk melupuskannya begitu sahaja bukanlah jalan yang terbaik andai komputer berkenaan masih lagi dapat berfungsi dengan baik. Antara perkara yang anda boleh lakukan terhadap komputer-komputer usang yang menggunakan Windows XP ini adalah dengan menaik taraf sistem operasinya.

Anda boleh memilih sama ada menaik taraf ke Windows versi yang lebih terkini seperti Windows 7 atau Windows 10. Atau, anda boleh juga cuba menggunakan sistem operasi sumber terbuka pada komputer berkenaan.

Bagi yang berminat untuk menaik taraf ke Windows 7, sebaiknya anda memuat turun dan menjalankan program Windows 7 Upgrade Advisor. Program berkenaan akan menilai sama ada komputer anda mampu untuk mengoperasikan Windows 7 atau tidak. Seterusnya, ia akan memberikan saranan untuk anda meningkatkan spesifikasi komputer berkenaan pada kapasiti RAM atau menggunakan kad grafik yang lebih baik jika spesifikasi sedia ada tidak mencukupi untuk menjalankan Windows 7.

Cuma masalahnya untuk komputer-komputer Windows XP yang usianya mencecah antara 10 hingga 15 tahun, ia tidak menyokong penambahan perkakasan yang lebih moden.

Jika komputer anda melepasi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh program Windows 7 Upgrade Advisor untuk menaiktaraf, anda boleh mendapatkan salinan DVD instalasi sistem operasi Windows 7 yang sah di kedai-kedai komputer. Sebaiknya, anda mendapat versi 32-bit kerana ia lebih sesuai untuk perkakasan-perkakasan lama.

Setakat ini masih terdapat lagi kedai-kedai yang menjual DVD instalasi Windows 7 asli walaupun jumlahnya tidak begitu banyak memandangkan Microsoft sendiri pun sudah menghentikan jualannya.

Atau, kalau anda tidak berkenan dengan Windows, anda juga boleh memasang Linux – sistem operasi sumber terbuka yang percuma untuk dimuat turun. Sebaiknya, anda boleh mencuba distro Ubuntu kerana ia mesra pengguna selain tidak memerlukan spesifikasi yang tinggi seperti yang diperlukan oleh Windows.

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge