Home / Mobile / Android / Teaser LG G6 didedahkan, tampil dengan skrin besar, kerangka padat dan kalis air

Teaser LG G6 didedahkan, tampil dengan skrin besar, kerangka padat dan kalis air

LG dijangka akan mendedahkan LG G6 pada bulan hadapan bersempena Mobile World Congress dan syarikat dari Korea Selatan ini telah mula mendedahkan sedikit demi sedikit info berkenaan telefon pintar flagship keluaran terbarunya ini.

Dalam video teaser berkenaan, LG bertanyakan kepada orang ramai, apakah telefon pintar ideal yang mereka inginkan. Antara jawapan yang diberikan termasuklah paparan besar tapi masih boleh digunakan sebelah tangan, kalis air, kebolehpercayaan dan kamera yang bagus. Seperti mana-mana iklan, sudah tentu LG G6 adalah jawapan kepada telefon pintar ideal tadi.

LG sebelum ini menyatakan tidak akan menggunakan semula rekaan modular untuk LG G6 dan telefon pintar ini dijangkakan akan menampilkan paparan 5.7 inci LCD QHD+ dengan resolusi 2880×1440. Peranti berkenaan turut dijangka akan mengekalkan susun atur dwi-kameranya dengan lensa sudut luasnya melengkapi lensa kamera utamanya.

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge