Home / Komputer / 5 Fungsi Microsoft Excel ringkas tapi berguna yang perlu anda ketahui

5 Fungsi Microsoft Excel ringkas tapi berguna yang perlu anda ketahui

Perisian lembaran kerja (spreadsheet) seperti Microsoft Excel menjadi pilihan kebanyakan pengguna untuk menyiapkan tugasan-tugasan berkaitan perakauanan, perekodan dan lain-lain kerana ia dilengkapi dengan pelbagai fungsi. Sungguhpun begitu, masih ramai lagi pengguna yang tidak mengetahui fungsi-fungsi ringkas perisian ini yang mampu meningkatkan produktiviti pengguna untuk menyiapkan kerja.

=SUM()

Fungsi pertama yang mana-mana pengguna Microsoft Excel perlu ketahui adalah kebolehan perisian ini melakukan operasi aritmetik mudah seperti tambah, tolak, darab dan bahagi.

Misalnya, jika anda inginkan nombor di dalam petak A2 dan petak B2 dicampurkan dan jumlahnya diletakkan pada petak B3, anda hanya perlu menaip =SUM pada petak B3 dan satu tetingkap kecil pop-up akan muncul. Kemudian guna butang Control + Klik pada petak A2 dan B2 untuk highlight kan keduanya-duanya dan tekan Enter. Jumlah nombor kedua-dua petak tadi akan muncul pada B3.

Fungsi ini boleh digunakan pada mana-mana petak di dalam Excel dan terpulang kepada anda berapa banyak petak yang anda ingin gunakan.

=AVERAGE

Fungsi ini boleh digunakan untuk mendapatkan purata dari jumlah keseleruhan dan cara penggunaannya sama seperti fungsi SUM. Jika lembaran kerja anda mengandungi pendapatan bulanan untuk beberapa tahun di dalam jalur A2 hingga A13, taipkan =AVERAGE(A2:A13) pada petak A14 untuk mendapatkan nilainya.

=MIN()

Jika anda ingin mendapatkan nombor terkecil dari petak-petak tertentu, fungsi MIN boleh digunakan. Gunakan =MIN(B3:B39), anda seterusnya akan mendapatkan nombor terkecil dari petak-petak tersebut.

=MAX()

Fungsi ini adalah bertentangan dengan fungsi MIN. Ia akan menunjukkan nombor yang terbesar dari petak-petak yang dipilih.

=DAYS()

Ingin tahu jumlah hari antara dua tarikh di dalam lembaran kerja anda? Gunakan fungsi ini untuk mendapatkan jumlahnya. Misalnya, 5 April 2016 dalam petak A4 dan 27 Julai 2016 pada petak A5, taipkan =DAYS(A5, A4) dan anda akan dapatkan jumlah harinya.

Terdapat pelbagai fungsi-fungsi bermanfaat lain yang disediakan di dalam Microsoft Excel dan jika anda mempunyai sebarang fungsi-fungsi lain yang anda biasa gunakan, kongsikan dengan kami melalui ruangan komen di bawah.

Artikel ini pernah disiarkan pada 30 Mac 2016

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

2 comments

  1. Slm,
    Bole recovery external hard drive?
    Brp charge?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge