Home / Komputer / Backblaze senaraikan hard disk paling cepat rosak dan yang paling susah nak rosak 2016

Backblaze senaraikan hard disk paling cepat rosak dan yang paling susah nak rosak 2016

Setiap tahun, penyedia perkhidmatan sandaran Backblaze menyediakan senarai kadar kegagalan diantara hard disk di pusat datanya. Tahun ini tidak terkecuali bila mana, Backblaza sekali lagi mengeluarkan senarai penuh kadar kegagalan peranti storannya.

Penghujung 2016, Backblaze telah menkatalogkan 73,653 buah hard disk. Dari kesemua jenis hard disk yang direkodkan, hanya tiga model sahaja yang langsung tidak merekodkan sebarang kerosakan. Model berkenaan adalah Toshiba 4TB, Toshiba 8TB dan Seagate 8TB. Jumlah kegagalan yang dicatatkan pada tahun 2016 adalah 1.95 peratus, berkurangan berbanding 2.47 peratus pada  2015 dan 6.39 peratus pada 2014.

Mengambil kira kadar kegagalan hard disk mengikut kategori pembekal, Western Digital mengungguli senarai dengan kadar kegagalan 3.88 peratus. Hard disk Seagate pula mencatatkan kadar 2.65 peratus. Itupun mengambil kira faktor jumlah keseluruhan penggunaan hard disk Seagate yang mencecah 45,531 berbanding Western Digital yang berjumlah 1,626.

Lebih menarik, kesemua rekod kegagalan ini telah dicatatkan statistiknya bermula dari tahun 2013 sehingga sekarang. Paling cemerlang kegagalannya adalah hard disk Seagate model ST1500DL003 yang mencatatkan kadar kegagalan setinggi 90.92 peratus.

Apapun, senarai ini hanya terhad sekitar rekod penggunaan di pusat-pusat data kendalian Backblaza sahaja dan ia tidak membayangkan situasi sebenar penggunaan model-model hard disk di pasaran masa kini. Tambahan pula, tahap penggunaan hard disk bagi pengguna biasa tidak seberat penggunaan hard disk di pusat-pusat data yang mana aktiviti baca tulis pada hard disk berlaku pada skala yang amat besar.

Tapi terpulang kepada anda kalau nak jadikan senarai ni sebagai pedoman untuk anda membuat pembelian hard disk baru.

Sumber berita diperoleh dari Hard Drive Stats for 2016 | Backblaze

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Check Also

Acer Swift 5 kini di Malaysia, harga bermula dari RM3,499

Acer secara rasminya mengumumkan ketibaan ultrabook Acer Swift 5 untuk pasaran Malaysia. Laptop peringkat pertengahan ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge