Home / Komputer / MSI tawar kad grafik berprofil rendah untuk RX480

MSI tawar kad grafik berprofil rendah untuk RX480

MSI telah mendedahkan dua produk terbarunya untuk kad grafik RX 460. Dua model kad grafik berprofil rendah berkenaan dinamakan sebagai MSI RX 460 2GB LP dan MSI RX 460 4GB LP. Terdahulu, MSI pernah melancarkan kad grafik berprofil rendah GTX 1050 pada November tahun lepas.

Dari segi reka bentuk, kedua-dua MSI RX 460 2GB LP dan MSI RX 460 4GB LP kelihatan hampir sama dengan GTX 1050. Ia tidak mempunyai plat belakang pada bahagian bawah cip pemprosesan grafiknya dan hanya bergantung pada pada dua buah kipas di atasnya bagi tujuan penyejukan.

MSI RX 460 2GB LP dan MSI RX 460 4GB LP mempunyai kelajuan klok yang sama dengan kad grafik Radeon RX 460 pada 1090 MHz (asas) dan 1200 MHz (dipertingkatkan). Perbezaan di antara MSI RX 460 2GB dan MSI RX 460 4GB hanya terletak pada kapasiti VRAM pada kedua-duanya.

Cuma apa yang sedikit mengecewakan untuk kedua-dua kad grafik berprofil rendah ini adalah kekurangan bilangan labuhan yang disediakannya. Kedua-duanya hanya menawarkan labuhan HDMI dan DVI untuk penyambungan ke monitor. Setakat ini MSI masih belum menyatakan tarikh dan harga kad-kad grafik ini di pasaran.

Spesifikasi MSI RX 460 2GB LP

  • GPU : Polaris 11 GPU
  • Bilangan teras : 896 GPU
  • Bilangan TMU : 48
  • Bilangan ROP : 16
  • Klok asas : 1090 MHz
  • Klok Dipertingkatkan : 1200 MHz
  • Klok Memori : 1750 MHz
  • Memori : 2048 MB GDDR5 128b

Spesifikasi MSI RX 460 4GB LP

  • GPU : Polaris 11 GPU
  • Bilangan teras : 896 GPU
  • Bilangan TMU : 48
  • Bilangan ROP : 16
  • Klok asas : 1090 MHz
  • Klok Dipertingkatkan : 1200 MHz
  • Klok Memori : 1750 MHz
  • Memori : 4096 MB GDDR5 128b

 

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Check Also

Acer Swift 5 kini di Malaysia, harga bermula dari RM3,499

Acer secara rasminya mengumumkan ketibaan ultrabook Acer Swift 5 untuk pasaran Malaysia. Laptop peringkat pertengahan ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge