Home / Komputer / Ulasan 4 Laptop Bajet bawah RM1500 untuk Februari 2017

Ulasan 4 Laptop Bajet bawah RM1500 untuk Februari 2017

Anda ingin tahu berkenaan sebahagian daripada laptop-laptop bajet bawah RM1500 untuk Februari 2017 ini? Ketahui tentangnya melalui artikel ini yang menceritakan serba sedikit tentang laptop-laptop pada bajet berkenaan yang melibatkan jenama-jenama seperti HP, Asus, Lenovo dan Acer.

Laptop HP 14-am031TU

Laptop pada harga yang berbaloi dengan spesifikasinya ini menawarkan kemudahan untuk pengguna menyiapkan tugasan-tugasan dengan lancar baik di rumah mahupun di pejabat. Melalui kuasa pemprosean Intel Generasi Kelima, Intel Core i3-5005U kerja-kerja berbilang tugasan (multitasking) dapat dilakukan dengan lancar.

Disokong dengan kapasiti memori 4 GB DDR3L-1600 SDRAM, ia dapat memberikan kelancaran untuk melakukan tugasan melalui sistem operasi Windows 10 Home 64 yang turut disertakan bersama. Pada paparan 14 inci, laptop HP 14-am031TU turut menampilkan paparan HD SVA BrightView WLED dengan pencahayaan belakang (backlit).

Harga Laptop HP 14-am031TU, RM1499

Spesifikasi Laptop HP 14-am031TU

  • Sistem operasi: Windows 10 Home 64
  • Pemprosesan: Generasi Kelima Intel Core i3-5005U (2 GHz, 3 MB cache, 2 teras)
  • RAM: 4 GB DDR3L-1600 SDRAM (1 x 4 GB)
  • Storan: 500 GB 5400 rpm SATA
  • Paparan: 14 inci
  • Grafik: Integrated Intel HD Graphics 5500
  • DVD: Ada
  • Audio: DTS Studio Sound, Dual speakers
  • Webcam: HP TrueVision HD Camera dengan mikrofon digital terintegrasi
  • Port: 1 VGA, 1 HDMI, 1 headphone/microphone combo, 2 USB 2.0, 1 USB 3.0 1 RJ-45
  • Sambungan tanpa wayar: 802.11b/g/n (1×1), Bluetooth 4.0 combo
  • Pembaca kad SD
  • Bateri: Lithium Ion (Li-Ion) 41Wh

Laptop Acer Aspire ES1-432-C8AR

Dari segi kuasa pemprosesan, laptop ini sememangnya kurang jika dibandingkan dengan laptop yang menawarkan kuasa pemprosesan Intel Core i3. Namun, kelebihan buat laptop yang menggunakan kuasa pemprosesan Intel Celeron terletak pada kecekapan penggunaan tenaganya. Justeru, menjanjikan jam penggunaan laptop yang lebih panjang tanpa memerlukan sambungan kuasa melalui adapter.
Laptop Acer Aspire ES1-432-C8AR

Laptop yang dioperasikan sistem operasi Windows 10 Home 64-bit ini turut didatangkan bersama kapasiti RAM 4GB DDR3L pada slot tunggalnya. Pengguna yang ingin menaik taraf ke 8GB perlu menukarkan RAM 4GB berkenaan ke RAM 8GB berikutan hanya satu slot RAM sahaja yang disediakan.

Harga Laptop Acer Aspire ES1-432-C8AR: RM1239

Spesifikasi Acer Aspire ES1-432-C8AR

  • Sistem operasi: Windows 10 Home 64
  • Pemprosesan: Intel Celeron N3350 (1.1 GHz -2.4 GHz burst, 2 MB cache, 2 teras)
  • RAM: 4 GB DDR3 (1 x 4 GB)
  • Storan: 500 GB 5400 rpm SATA
  • Paparan: 14 inci
  • Grafik: Integrated Intel HD Graphics 5500
  • DVD: Ada
  • Audio: DTS Studio Sound, Dual speakers
  • Webcam: Acer Webcam 640 x 480 dengan mikrofon digital terintegrasi
  • Port: 1 HDMI dengan sokongan HDCP,1 fon kepala/mikrofon kombo, 2 USB 2.0, 1 USB 3.0, 1 RJ-45
  • Sambungan tanpa wayar: 802.11b/g/n (1×1), Bluetooth 4.0 combo
  • Pembaca kad SD
  • Bateri: Lithium Ion (Li-Ion) 2800mAh

Laptop Lenovo Ideapad 100-14IBD 80RK00-0MMJ

Bagi anda yang mementingkan kualiti grafik dan pada yang sama inginkan laptop pada harga bajet bawah RM1500, laptop dari Lenovo ini mungkin pilihan anda yang sesuai. Laptop yang menawarkan pemprosesan Generasi Kelima Intel Core i3-5005U, turut menampilkan kad grafik Nvidia N16V-GM (GeForce 920A) 1GB.

Sekaligus, memberikan anda lebih kuasa untuk melakukan tugasan-tugasan yang menitik beratkan kualiti grafik seperti suntingan video, membuat animasi dan bermain permainan video. Sungguhpun begitu, kuasa grafiknya tidaklah begitu besar. Namun, memadai untuk grafik-grafik sederhana yang mana sekurang-kurangnya tidak begitu membebankan kuasa pemprosesan grafik terintegrasi.

Cuma sedikit kekurangan pada laptop ini adalah kapasiti RAM yang diberikannya. Sekadar 2GB, tentunya akan menyebabkan sedikit gangguan apabila pengguna mula melakukan kerja-kerja berbilang tugasan.

Harga Lenovo Ideapad 100-14IBD 80RK00-0MMJ: RM1389

Spesifikasi Lenovo Ideapad 100-14IBD 80RK00-0MMJ

  • Sistem operasi: Windows 10 Home 64
  • Pemprosesan: Generasi Kelima Intel Core i3-5005U (2 GHz, 3 MB cache, 2 teras)
  • RAM: 2GB DDR3L SDRAM (1 x 2 GB)
  • Storan: 500 GB 5400 rpm SATA
  • Paparan: 14 inci
  • Grafik: Nvidia N16V-GM DDR3L (GeForce 920A) 1G
  • DVD: Tarak
  • Audio: DTS Studio Sound, Dual speakers
  • Webcam: 0.3 Megapiksel
  • Port: 1 HDMI, 1 headphone/microphone combo, 1 USB 2.0, 1 USB 3.0, 1 RJ-45
  • Sambungan tanpa wayar: 802.11b/g/n (1×1), Bluetooth 4.0 combo
  • Pembaca kad SD
  • Bateri: Lithium Polimer (Li-Po) 30 Wh

Laptop Asus X540S-AXX126T

Bagi anda yang masih boleh bertolak ansur dari segi prestasi kuasa pemprosesan, anda mungkin boleh menerima laptop Asus X540S-AXX126T ini. Menawarkan cip pemprosesan Intel Celeron N3150, ia memiliki kelajuan klok asas 1.8GHz. Namun, cip pemprosesan empat teras ini mampu mencapai kelajuan klok sehingga 2.08GHz.

Pun begitu, melalui penggunaan teknologi Asus IceCool yang ditambah dengan faktor pemprosesan Intel Celeron itu sendiri yang jimat tenaga, laptop ini tidak cepat panas tidak seperti kebiasaan laptop-laptop dengan cip pemprosesan berprestasi tinggi.

Bagaimanapun, kapasiti RAM laptop yang dioperasikan oleh Windows 10 Home ini hanyalah sekadar 2GB sahaja. Ini mungkin menyukarkan pengguna-pengguna yang kerap melakukan kerja-kerja berbilang tugasan.

Harga Asus X540S-AXX126T: RM1349

Spesifikasi Asus X540S-AXX126T

  • Sistem operasi: Windows 10 Home
  • Pemprosesan: Intel Celeron N3150 (1.8 GHz burst 2.08 GHz, 2MB cache, 4 teras)
  • RAM: 2GB DDR3L SDRAM (1 x 2 GB)
  • Storan: 500 GB 5400 rpm SATA
  • Paparan: 14 inci
  • Grafik: Integrated Intel HD Graphics 5500
  • DVD: Ada
  • Audio: SonicMaster, Dual speakers
  • Webcam: 0.3 Megapiksel
  • Port: 1 HDMI, 1 VGA / Mini D-Sub, 1 headphone/microphone combo, 1 USB 2.0, 1 USB 3.0, 1 USB C Gen 1, 1 RJ-45
  • Sambungan tanpa wayar: 802.11b/g/n (1×1), Bluetooth 4.0 combo
  • Pembaca kad SD
  • Bateri: Lithium Ion (Li-Ion) 33 Wh

Setakat ini sahaja ulasan yang saya dapat berikan berkenaan laptop-laptop bajet bawah RM1500 Februari 2017 kali ini. Semoga melalui perkongsian ini dapat memberikan anda sedikit maklumat berkenaan laptop mana yang sesuai dengan keperluan sesuai dengan bajet semasa anda.

Imej cover diperoleh dari 123rf

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge