Home / Komputer / Lenovo perkenal Yoga A12, dengan paparan HD lebih besar 12.2 inci

Lenovo perkenal Yoga A12, dengan paparan HD lebih besar 12.2 inci

Lenovo memperkenalkan laptop model Yoga A12 yang menampilkan ciri-ciri yang hampir sama dengan laptop Lenovo Yoga Book. Bezanya, laptop model ini ditawarkan pada harga yang lebih murah dengan saiz yang lebih besar.

Sama seperti yang ada pada Yoga Book, Lenovo Yoga A12 menampilkan papan kekunci Halo – sejenis papan kekunci sesentuh yang menyediakan tindak balas haptic pada setiap kekunci yang ditekan. Papan kekunci jenis ini tidak memberikan jiwa yang sama seperti menaip di atas papan kekunci mekanikal. Namun, melalui saiz dimensi yang lebih luas pada Yoga 12 diharapkan bakal memberikan kelebihannya yang tersendiri.

Berbanding Yoga Book yang menawarkan paparan 10.1 inci, Yoga A12 menawarkan paparan sesentuh HD 12.2 inci. Ia hadir dengan kuasa pemprosesan Intel Atom x5, bersama-sama memori 2GB RAM dan storan cakera keras dalaman 32GB. Laptop ini juga boleh diputarkan sehingga 360 darjah.

Cuma, kekurangan pada Yoga A12 berbanding Book adalah tiada sokongan terhadap sistem penggunaan pen sebagaimana yang ditawarkan pada Yoga Book dahulu.

Laptop dengan sistem operasi Android boleh ditukar bentuk kepada tablet dan ia dijangka akan mula dipasarkan bermula 8 Februari ini pada harga $299, bersamaan lebih kurang RM1,320. Tidak dapat dipastikan sama ada laptop ini akan hadir ke pasaran Malaysia atau tidak.

Spesifikasi laptop Lenovo Yoga A12

  • Pemprosesan: Intel Atom x5
  • Sistem operasi: Android 6.0.1
  • RAM: 2GB
  • Storan: 32GB
  • Paparan: HD Sesentuh 12.2 inci, 1200 x 800
  • Harga: RM1,320 (Anggaran)

Sumber berita diperoleh dari Engadget

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge