Home / Mobile / Nokia 3310 hadir kembali pada MWC 2017

Nokia 3310 hadir kembali pada MWC 2017

Khabar angin mengenai kehadiran Nokia 3310 model terbaru nampaknya benar-benar berlaku. HMD Global, syarikat yang bertanggungjawab mengembalikan semula jenama Nokia dalam arena telefon mudah alih telah memperkenalkan telefon bimbit ‘legend’ ini bersempena Kongres Peranti Mudah Alih Sedunia 2017 (Mobile World Congress 2017, MWC 2017).

Mengekalkan ciri-ciri rekabentuk asalnya, Nokia 3310 terbaru ini menggunakan sistem operasi Series 30+. Telefon bimbit yang mempunyai sambungan internet 2G ini turut menampilkan paparan QVGA 2.4 inci dengan lapisan terkutub (polarised layer). Lapisan ini ditambah bagi membolehkan teks-teks pada paparan dapat dibaca apabila dibawah sinaran mentari. Bersama-sama storan dalaman berkapasiti 16MB, telefon bimbit ini turut menyokong penggunaan kad mikro SD dengan kapasiti maksimum sehingga 32GB.

Untuk kekal relevan dengan keperluan masa kini, model 2017 ini hadir dengan kamera belakang 2 MP berserta dengan flash. Baterinya yang berkapasiti 1,200 mAh pula mampu bertahan sehingga 31 hari lamanya serta boleh ditanggalkan. Waktu berbualnya boleh digunakan sehingga 22.1 jam. Manakala jam untuk main semula fail MP3 selama 51 jam dan radio FM untuk 39 jam.

Nokia 3310 (2017) akan mula dijual sekitar suku tahun kedua 2017 pada harga EUR49 (sekitar RM230). Ia bakal hadir dengan dua model, satu kad SIM dan dwi-kad SIM. Rantau Asia Pasifik akan menjadi diantara yang terawal untuk dipasarkan, bersama-sama rantau lain seperti Afrika, India, Timur Tengah dan Eropah.

Sumber berita diperoleh dari Pocket-Lint.

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge