Home / Komputer / Cara mendapatkan nombor siri PC Windows

Cara mendapatkan nombor siri PC Windows

Windows tidak memaparkan nombor siri PC anda pada mana-mana bahagian antaramukanya. Oleh itu, anda perlu mencarinya sama ada dengan melihat pada peranti berkenaan secara fizikal, mendapatkannya melalui BIOS atau dengan menggunakan command prompt.

Menggunakan arahan WMIC

Buka ‘Command Prompt’ dengan klik kanan pada butang Start, kemudian pilih pilihan “Command Prompt” bagi pengguna Windows 10 dan Windows 8. Untuk pengguna Windows 7 pula, tekan kekunci Windows + R secara serentak, taipkan “cmd” di dalam kotak dialog, kemudian tekan Enter.

Pada Command Prompt, taipkan arahan berikut. Kemudian tekan Enter.

  • wmic bios get serialnumber

Anda seterusnya akan melihat terdapat nombor siri tertera di bawah teks “SerialNumber”. Arahan ini menggunakan Windows Management Instrumentation Command-line (WMIC) untuk mendapatkan nombor siri komputer dari BIOS.

Jika anda masih tidak dapat melihat nombor siri PC anda, ia adalah disebabkan oleh pengeluar PC tersebut. Nombor siri berkenaan hanya akan dipaparkan jika pengeluar PC berkenaan menyimpankannya pada firmware BIOS atau UEFI. Kadang-kadang terdapat sesetengah pengeluar PC yang tidak memasukkan nombor siri Windows dengan betul. Oleh itu, akan timbul masalah seperti nombor siri dipaparkan sebagai “0” atau “To be filled by O.E.M.”

Ini juga boleh berlaku pada PC yang dipasang sendiri kerana sudah tentulah ianya tidak didatangkan bersama nombor siri. Namun, anda masih lagi boleh mendapatkan nombornya melalui papan induk atau pada komponen lain.

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge