Home / Teknologi / Permainan / Playstation 4 akan dapat kemaskini sokong penggunaan External Hard Disk

Playstation 4 akan dapat kemaskini sokong penggunaan External Hard Disk

Sony telah mula melancarkan kemaskini perisian PlayStation 4 versi 4.50, kod nama Sasuke kepada pengguna program beta. Kemaskini ini membawakan pemurnian kepada antaramuka PlayStation 4 disamping membuat penambahan fungsi seperti gambar latar tersuai dan sokongan untuk cakera keras luaran.

Walaupun pengguna boleh melakukan naik taraf storan dalaman PlayStation 4, melalui kemaskini terbaru ini pengguna dibenarkan untuk menambahkan ruangan storan dengan menyambungkan cakera keras luaran dengan salah satu dari dua labuhan USB 3.0 yang disediakan pada konsol berkenaan. Cakera keras luaran yang disambungkan itu akan dilabelkan sebagai ‘Extended Storage’ di dalam tetapan ‘Storage’.

Kemaskini beta ini juga membenarkan pengguna untuk mengambil syot layar di dalam permainan untuk dijadikan sebagai gambar latar desktop pada homescreen PS4. Teks-teks menu juga diberikan ‘drop-shadows’ agar ianya lebih jelas kelihatan jika gambar latar yang digunakan terlalu cerah.

Fungsi Quick Menu PS4 turut diberikan penambahbaikan melalui kemaskini Sasuke ini seperti tidak menutup ruang yang terlalu banyak pada paparan sewaktu permainan seterusnya membolehkan akses ke ‘Party feature’ tanpa perlu dialihkan ke paparan yang berasingan.

Kemaskini terbaru ini juga turut membawakan fungsi menonton filem 3D dalam bentuk 3D stereoskopik secara terus melalui set kepala PS VR.

Pengguna yang telah mendaftarkan diri untuk pengujian beta ini yang terpilih akan menerima emel berserta panduan cara memuat turun dan bagaimana untuk memulakan pengujian kemaskini ini.

Sumber berita diperoleh dari Venture Beat

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge