Home / Komputer / 5 System Rescue Disc Percuma yang Terbaik

5 System Rescue Disc Percuma yang Terbaik

Bila komputer anda berkelakuan ganjil seperti tidak boleh boot, atau masalah-masalah lain yang tidak dapat dikesan, cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan boot melalui system rescue disk. Dari situ, anda akan dapat menjejak punca masalah berkenaan yang mungkin berpunca dari perkakasan atau mungkin juga berpunca dari sistem operasi anda.

Sebenarnya, terdapat banyak system rescue disc yang bagus-bagus untuk dimuat turun. Cuma cara penggunaannya yang berbeza itu kadang-kadang memberikan kesesuaian yang berbeza di antara pengguna. Berikut adalah di antara system rescue disc popular yang kerap digunakan untuk membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan baik pulih komputer. Antaranya;

Trinity Rescue Kit

Trinity Rescue Kit merupakan distribusi Linux tersuai yang direka khusus untuk pencarisilapan dan pemulihan sistem yang bermasalah untuk Windows atau Linux. Ia boleh dimuatkan ke dalam CD atau USB dan sebaik sahaja ia dibootkan, ia boleh digunakan untuk mendapatkan semula kata laluan Windows, melakukan imbasan pada hard disk untuk mengesan malware dan virus, mengklonkan pemacu, memulihkan partition yang rosak serta membuka pemacu untuk diakses secara perkongsian melalui rangkaian.

Perisian ini adalah percuma. Namun anda digalakkan supaya memberikan sedekah (seikhlas hati) buat pembangunnya agar projek ini terus berkembang maju.

Hiren BootCD

System rescue disc ini boleh dianggap sebagai ‘legend’ kerana ia menjadi pilihan utama buat kebanyakan juruteknik dan staf-staf ICT untuk membaik pulih sistem terutamanya Windows. Selain untuk memulihkan kembali Windows, ia turut menawarkan fungsi-fungsi lain seperti mengimbas hard disk dengan antivirus, perisian antimalware untuk membersihkan spyware dan adware berserta perisian pengesan rootkit.

Hiren Boot CD juga boleh digunakan untuk membaik pulih, membuat talaan, re-flash BIOS, padamkan CMOS, bersihkan fail-fail dan folder-folder sementara, memadamkan fail, melakukan backup data-data ke pemacu lain atau yang di dalam rangkaian, kemaskini dan backup driver perkakasan, imbas sistem untuk mengesan kegagalan perkakasan, membaiki partition yang hilang atau rosak dan banyak lagi.

Perisian system rescue disc ini juga adalah percuma dan memerlukan sumbangan derma dari pengguna untuk terus berkembang.

Ultimate Boot CD

Imej diperoleh dari Ultimate Boot CD

Selain dari Hiren, Ultimate Boot CD juga diantara system rescue disc yang menjadi pilihan buat staf-staf IT. UBCD direka sebagai pencarisilapan Windows dan Linux. Ia hadir dengan sejumlah fungsi seperti pengujian perkakasan, pengurusan hard disk dan baik pulih partition.

Ia juga dimuatkan dengan penguji memori, penguji CPU, penguji hard disk serta merangkumi perisian pengurusan BIOS hanya dalam satu CD.

Bagi anda yang mengkhususkan kepada baik pulih PC, terdapat versi Ultimate Boot CD for Windows yang menggunakan BartPE untuk membentuk versi Windows XP yang hampir sempurna sebaik sahaja ia diboot.

Sama seperti perisian system rescue disc di atas, ia juga adalah percuma dan turut memerlukan bantuan kewangan dari pengguna yang ikhlas bersedekah.

Knoppix

System Rescue Disc ini hadir dalam bentuk Linux Live CD dan memberikan anda sistem operasi penuh sebaik sahaja ia dibootkan. Ia menawarkan antaramuka yang mudah untuk digunakan bagi pengguna yang sudah biasa menggunakan Linux.

Selain dari fungsi-fungsi melakukan pencarisilapan yang biasa terdapat pada mana-mana OS, Knoppix turut menawarkan fungsi-fungsi lain termasuklah pelayar web (Firefox), Open Office, GIMP dan banyak lagi untuk digunakan sama seperti sistem operasi yang lengkap.

Perisian ini adalah percuma dan disebabkan ia adalah sumber terbuka, sumbangan seperti input, code dan maklum balas anda adalah lebih diutamakan.

System Rescue CD

Rescue disc berasaskan Linux direka untuk pencarisilapan sistem dan pelayan Linux dan Windows. Perisian ini turut memuatkan fungsi untuk membantu anda mengurus dan membaiki partitions, mengklonkan pemacu, backup data serta berkemampuan menyokong pelbagai jenis sistem fail. Justeru, membolehkan ianya digunakan pada hampir mana-mana sistem dan mana-mana pemacu.

Sama seperti perisian system rescue disc di atas, ia adalah percuma untuk digunakan.

Lain-lain

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge