Home / Komputer / Acer Swift 5 kini di Malaysia, harga bermula dari RM3,499

Acer Swift 5 kini di Malaysia, harga bermula dari RM3,499

Acer secara rasminya mengumumkan ketibaan ultrabook Acer Swift 5 untuk pasaran Malaysia. Laptop peringkat pertengahan ini hadir dalam dua bentuk pilihan storan pada harga yang berpatutan dengan spesifikasinya.

‘Pewaris’ kepada laptop Acer Aspire S13 yang popular, Acer Swift 5 masih lagi mengekalkan ciri-ciri rekaan luarannya yang anggun sungguhpun ia kini dilengkapi dengan spesifikasi yang lebih terkini. Ia dikuasakan oleh pemprosesan Intel Core i5-7200U Generasi Ketujuh, RAM 8GB berserta paparan IPS HD Penuh 14 inci.

Untuk penyambungan, ultrabook ini menawarkan dua labuhan USB 3.0 berserta satu labuhan USB Type C. Bagaimanapun, labuhan USB Type C ini tidak boleh digunakan untuk mengecas ultrabook berkenaan. Juga terdapat satu labuhan HDMI, satu bicu fon kepala dan satu pembaca cap jari yang boleh digunakan dengan Windows Hello.

Ultrabook ini hadir ke pasaran Malaysia dengan dua pilihan storan SSD. Bagi storan SSD 256GB, ia dijual pada harga RM3,499. Manakala untuk SSD 512GB pula dijual pada harga RM4,499. Kedua-duanya boleh didapati dengan dua variasi warna; Obsidian Black and Pearl White.

Spesifikasi Ultrabook Acer Swift 5 (256GB)

  • Pemprosesan: Intel Core i5-7200U Generasi Ketujuh
  • Memori: 8GB
  • Paparan: 14-inci HD Penuh IPS
  • Penyambungan: 2 x USB 3.0, 1 x USB Type C, HDMI, 1 x bicu fon kepala, 1 x pembaca cap jari
  • Storan: 256GB SSD
  • Harga: RM3,499

Spesifikasi Ultrabook Acer Swift 5 (512GB)

  • Pemprosesan: Intel Core i5-7200U Generasi Ketujuh
  • Memori: 8GB
  • Paparan: 14-inci HD Penuh IPS
  • Penyambungan: 2 x USB 3.0, 1 x USB Type C, HDMI, 1 x bicu fon kepala, 1 x pembaca cap jari
  • Storan: 512GB SSD
  • Harga: RM4,499

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Check Also

Cara mudah reset kata laluan login pengguna Windows 7

Masalah lupa kata laluan adalah perkara yang sering berlaku pada mana-mana pengguna PC dan ia ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge