Home / Perkakasan / AMD / AMD Ryzen 5 hadir ke pasaran global 11 April, harga dari RM819

AMD Ryzen 5 hadir ke pasaran global 11 April, harga dari RM819

Hari ini AMD mengumumkan kumpulan pemprosesan Ryzen yang seterusnya – Ryzen 5 – akan hadir ke pasaran di seluruh dunia bermula dari 11 April ini. Pengumuman yang dibuat bersempena AMD Technology Summit 2017 yang dilangsungkan di Beijing ini turut mengumumkan harga pasaran mengikut negara-negara termasuk Malaysia.

Terdahulu, syarikat pengeluar cip pemprosesan ini pada asalnya menjadualkan Ryzen 5 akan hadir sekitar suku tahun kedua tahun 2017.

Melalui keutamaan terhadap prestasi 1080p, Ryzen 5 akan ditawarkan dengan empat pilihan berbeza dan ada sesetengahnya hadir dengan sistem penyejukan Wraith yang baru diperkenalkan. Berikut adalah senarai pilihan cip-cip pemprosesan AMD Ryzen 5;

  • Ryzen 5 1400: 4C/8T, 3.2/3.4 GHz, Wraith Stealth Cooler – RM819
  • Ryzen 5 1500X: 4C/8T, 3.5/3.7 GHz , Wraith Spire Cooler – RM899
  • Ryzen 5 1600: 6C/12T, 3.2/3.6 GHz, Wraith Spire Cooler – RM1039
  • Ryzen 5 1600X: 6C/12T, 3.6/4.0 GHz – RM1,199

Pemprosesan dari keluarga Ryzen ini boleh dikategorikan prestasinya pada peringkat sederhana. Pun begitu, pemprosesan dari peringkat pertengahan ini, Ryzen 5 1600X mampu mengatasi pemproses Intel Core i5-7600K. Selain itu, pemprosesan AMD Ryzen 5 ini sama seperti ‘saudaranya’ Ryzen 7 yang dilengkapi dengan ciri CPU multiplier yang telah dibuka.

Melalui penawaran harga yang amat kompetitif ini, dijangkakan cip pemproses AMD bakal menjadi pilihan utama buat pengguna komputer terutamanya bagi peminat permainan video dan juga pencinta PC desktop.

Selain itu, AMD dijangka akan meneruskan agenda memperkenalkan barisan keluarga pemprosesan Ryzen ini dengan membawakan AMD Ryzen 3. Cip pemprosesan peringkat bajet ini dikatakan mampu memberikan prestasi yang baik sungguhpun akan dijual pada harga yang sangat murah.

Sumber berita diperoleh dari Forbes

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge