Home / Mobile / Android / Cara Lajukan Wi-Fi pada Android

Cara Lajukan Wi-Fi pada Android

Jika anda mendapati Wi-Fi anda ‘kuat makan’ bateri dan sambungan anda ke internet pula agak perlahan, anda mungkin sedang mengalami masalah sambungan Wi-Fi yang lembab. Masalah sambungan Wi-Fi yang lembab boleh berlaku di mana sahaja, dari masalah disebabkan oleh dinding yang tebal atau disebabkan isyarat gelombang Wi-Fi itu sendiri yang bermasalah.

Berikut adalah panduan bagaimana untuk mempertingkatkan isyarat Wi-Fi pada telefon pintar Android anda;

Tukarkan jalur frekuensi Wi-Fi anda ke 5GHz

Kebanyakan peranti Android mampu menggunakan jalur frekuensi 5GHz, walaupun jalur lama 2.4GHz masih lagi boleh dipilih. Sungguhpun begitu, menggunakan jalur frekuensi 5GHz adalah lebih baik kerana spektrum berkenaan mempunyai ruang bebas yang lebih besar.

Terdapat 23 saluran untuk setiap 20Mhz pada frekuensi 5GHz. Melebihi 14 saluran dari apa yang ditawarkan pada spektrum 2.4GHz. Oleh kerana pertindahan di antara saluran-saluran lebih sukar untuk berlaku, anda mungkin lebih mudah mendapat isyarat Wi-Fi yang lebih bagus melalui jalur frekuensi 5GHz ini.

Jika router anda menggunakan frekuensi 5GHz, anda perlu menukarkan tetapan pada telefon pintar Android anda melalui Settings > Wi-Fi > Advanced > Wi-Fi frequency band dan kemudian, ketik Auto. Ini bertujuan memastikan telefon pintar Android anda menggunakan jalur frekuensi 5GHz jika ianya hadir di dalam lingkungan isyarat.

Jejaki isyarat Wi-Fi dengan lebih tepat

Isyarat Wi-Fi kadang kala tidak menentu. Ada sesetengah keadaan di mana walaupun simbol isyarat yang ditunjukkan tidak menepati situasi sebenar kelajuan isyarat yang sedang anda gunakan. Untuk itu, anda mungkin memerlukan aplikasi penjejak kekuatan isyarat Wi-Fi seperti Wi-Fi Signal Booster. Melaluinya, anda boleh menggunakan fungsi Manual Boost untuk melakukan penalaan pada penerimaan isyarat pada telefon pintar Android anda.

Tetapkan pada telefon pintar Android anda untuk menghindari sambungan yang perlahan

Di dalam tetapan Android (Android Settings), terdapat menu yang menawarkan pilihan untuk peranti anda menghindari isyarat sambungan Wi-Fi yang lemah. Ia akan menghalang anda dari cuba bersambungan dengan rangkaian Wi-Fi yang lembab, justeru mencegah anda dari membuang masa dan membazir bateri dengan bersambungan dengan rangakaian tersebut.

Anda hanya perlu pergi ke Settings > Wi-Fi dan terus ke Advanced. Dari situ, anda akan melihat kotak yang memerlukan anda menanda sama ada anda ingin mengelak dari menyambung ke isyarat yang lemah atau tidak.

Kemaskini radio anda atau firmware

Bagi anda yang pada kebiasaannya menerima kemaskini OTA dari penyedia rangkaian anda atau pengeluar peranti berkenaan, anda mungkin tidak perlu risaukan tentang kemaskini firmware peranti anda. Namun, bagi pengguna yang menggunakan ROM tersuai (custom ROM), anda mungkin perlu mengemaskininya secara manual. Anda boleh menyemak sama ada telefon pintar Android anda mendapat kemaskini yang terbaru melalui Settings > About > Software updates.

Periksa sama ada pelapik kerangka (casing/cover) telefon pintar Android anda menghalang isyarat

Terdapat sesetengah akseseori pelapik kerangka telefon pintar yang mengganggu penerimaan isyarat Wi-Fi terutamanya dari jenis yang mengandungi logam. Sungguhpun pelapik jenis ini mungkin mampu menghalang kerosakan yang lebih teruk pada telefon pintar sewaktu terjatuh, ia mempunyai kesan sampingan kerana boleh memantulkan isyarat-isyarat penerimaan Wi-Fi.

Anda boleh melihat sendiri sama ada telefon pintar anda diganggu isyaratnya oleh pelapik atau tidak dengan melakukan pengujian dengan Ookla Speedtest.

Ketahui Access Point Wi-Fi mana yang terbaik

Anda boleh mengesan Access Point Wi-Fi yang mana dapat memberikan isyarat yang terbaik melalui aplikasi Wifi Analyzer. Ia memberikan anda maklumat-maklumat berkenaan apa yang anda boleh lakukan untuk mengoptimumkan penerimaan isyarat Wi-Fi pada Android.

Aplikasi ini mudah dilakukan tanpa perlu anda ‘khatam’ segala ilmu berkaitan rangkaian tanpa wayar semata-mata ingin mendapatkan sambungan Wi-Fi yang lebih laju.

Letakkan router anda di lokasi yang strategik

Satu lagi langkah yang boleh anda ambil bagi mengoptimumkan isyarat pemancar Wi-Fi anda adalah dengan mengubah kedudukan router anda ke tempat yang lebih strategik. Hal ini pun anda boleh menggunakan apps juga untuk membantu anda.

Aplikasi seperti WiFi Solver FDTD boleh mensimulasikan pancaran isyarat Wi-Fi dari router anda ke seluruh kawasan rumah anda melalui pelan lantai.

Guna Kuali

Jika cara-cara yang anda telah gunakan masih lagi gagal untuk mendapatkan sambungan isyarat Wi-Fi yang lebih laju, anda mungkin perlu menggunakan kuali untuk mempertingkatkan kualiti penerimaan isyarat.

Harus diingat, gelombang isyarat Wi-Fi pada hakikatnya bergerak dengan cara sama dengan isyarat gelombang radio. Penggunaan kuali ini sama dengan konsep piring pemancar Astro atau radar pengesan yang digunakan oleh askar.

Cubalah guna. Selagi tidak dicuba, masakan anda dapat tahu kekuatan penerimaan isyarat dengan menggunakan kuali.

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

One comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge