Home / Mobile / Android / Digi Tawarkan Huawei Mate 9 Pro, harga bermula RM1,549

Digi Tawarkan Huawei Mate 9 Pro, harga bermula RM1,549

Digi telah memasukkan Huawei Mate 9 Pro ke dalam peranti jualan pukalnya. Harga jualan Huawei Mate 9 Pro adalah pada RM3,399. Namun, jika anda mendaftarkan diri dengan syarikat telco berkenaan, anda boleh mendapatkannya pada harga serendah RM1,549 berserta sebuah power bank percuma melalui pembelian atas talian.

Digi menawarkan Huawei Mate 9 Pro melalui pelan Pascabayar Digi 78/108/138 dengan kontrak 24 bulan. Sama seperti kebanyakan jualan peranti pukal Digi yang lain, anda boleh memilih untuk membayar secara tunai sebaik sahaja mendaftar (harga peranti dan bayaran pendahuluan) atau membayar melalui Pelan Pembayaran Mudah dengan kadar faedah 0% dan tanpa bayaran pendahuluan.

Bagi anda yang ingin mendapatkan Huawei Mate 9 Pro dari Digi melalui Easy Payment Plan, layari laman web Digi untuk semakan lanjut.

Pelan Digi Huawei Mate Pro 9 (RRP RM3,399)Pascabayar Digi 78Pascabayar Digi 108Pascabayar Digi 138
Bayaran BulananRM78RM108 RM138
Data (Sepanjang Hari + Hujung Minggu)6GB+6GB9GB+9GB 12GB+12GB
Panggilan PercumaPanggilan tanpa hadPanggilan tanpa hadPanggilan tanpa had
SMS Percuma200 SMS400 SMSSMS Tanpa Had
Kontrak 24 Bulan RM2,479RM1,959RM1,549

Huawei Mate 9 Pro merupakan versi premium Huawei Mate 9 yang pernah diumumkan pada November 2016 dan ia merupakan telefon pintar keluaran Huawei yang paling anggun setakat ini. Menampilkan, paparan QHD AMOLED 5.5” dwi-lengkungan dengan kerangka logam pada bahagian belakangnya.

Di dalamnya, ia dikuasakan oleh pemprosesan lapan teras HiSilicon Kirin 960 dengan memori berkapasiti 6GB. Dari segi storan, telefon pintar ini tidak boleh dikembangkan kapasitinya melalui slot kad mikro SD dan ia menawarkan storan dalaman sebesar 128GB.

Paling menarik adalah pada kameranya yang diusahakan bersama-sama kejuruteraan Leica menawarkan sistem dwi-kamera pada belakangnya, 20MB monokrom + 12MP RGB f/2.2. Kamera hadapannya yang khusus untuk berswafoto hadir dengan ciri 8MP.

Layari laman web Digi untuk maklumat lanjut.

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Check Also

Cara Lajukan Wi-Fi pada Android

Jika anda mendapati Wi-Fi anda ‘kuat makan’ bateri dan sambungan anda ke internet pula agak ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge