Home / Mobile / Android / Cara melakukan format telefon pintar Android (Untuk versi 5.0 dan 6.0)

Cara melakukan format telefon pintar Android (Untuk versi 5.0 dan 6.0)

Adakah anda bercadang untuk menjual telefon pintar atau tablet anda? Sebelum anda bertindak menjualkannya kepada pihak ketiga, pastikan anda memadamkan segala apa yang ada di dalam peranti anda. Pastikan juga, peranti anda benar-benar ‘bersih’ dari segala data berkaitan anda dengan melakukan enkripsi terhadap data-data berkenaan.

Telefon pintar yang biasa kita gunakan hari ini turut sama menyimpan pelbagai maklumat-maklumat sulit dan rahsia milik kita. Antaranya termasuklah emel urusan kerja yang sensitif, perincian kewangan, maklumat hubungan dan juga mungkin foto-foto peribadi milik kita sendiri yang kita tidak mahu ianya jatuh ke tangan pihak lain.

Melakukan set semula ke tetapan kilang (factory reset) mungkin langkah yang baik, namun ianya masih lagi belum mencukupi. Tidak lama dahulu, firma keselamatan Avast telah menguji tahap keberkesanan factory reset ini dengan mendapatkan semula foto-foto, data carian Google, emel, mesej teks dan maklumat perhubungan pada 20 unit telefon pintar Android yang diperoleh dari eBay. Oleh yang demikian, anda mungkin tidak inginkan situasi tersebut berlaku pada telefon pintar anda yang anda mahu jualkan.

Perlindungan Set Semula Ke Tetapan Kilang (Factory Reset Protection, FPR)

Terlebih dahulu anda perlu memulakannya dengan membuang Factory Reset Protection, FPR. Google memperkenalkan FPR pada Android 5.0 Lollipop sebagai tambahan kepada lapisan tahap keselamatannya. Ia direka bagi menghalang pencuri dari memadam keseluruhan isi kandungan telefon pintar yang dicuri untuk tujuan kegunaan sendiri atau untuk dijual semula.

Bila anda cuba melakukan Factory Reset dengan tetapan FPR masih lagi dihidupkan, anda akan disarankan untuk memasukkan nama pengguna berserta kata laluan akaun Google terakhir yang digunakan pada peranti berkenaan. Jika anda tidak boleh memasukkan maklumat-maklumat berkenaan, ia akan terus berkunci dan tidak boleh digunakan. Ia boleh menimbulkan masalah andainya peranti berkenaan sememangnya anda ingin menjualnya.

Oleh itu, ini adalah cara untuk mematikan tetapan FPR;

  1. Langkah ini sedikit berbeza antara telefon pintar Android, bergantung pada model dan keluarannya. Bagi Samsung Galaxy, pengguna perlu pergi ke Settings > Lock screen and security > Screen lock type dan pilih None. Untuk LG G5 pula , pergi ke Settings > Security > Lock screen > Select screen lock kemudian pilih None.
  2. Langkah berikutnya adalah buangkan akaun Google anda. Pada telefon pintar Samsung Galaxy, pergi ke Settings > Accounts and tap on Google, then More > Remove account. Pada LG G5 pula, pergi Settings > Accounts & sync > Google dan ketik pada tiga titik menegak pada sebelah kanan atas, seterusnya ketik Remove account. Jika anda mendaftarkan lebih dari satu akaun Google di dalam satu-satu peranti, pastikan semuanya dibuang.
  3. Jika anda pengguna Samsung, pastikan akaun Samsung juga dibuang dari peranti berkenaan. Untuk melakukannya, pergi ke Settings > Lock screen and security > Find My Mobile kemudian masukkan kata laluan, ketik pada akaun anda pada sebelah atas dan pilih More > Remove account.

Sebaik sahaja akaun Google dan Samsung pada peranti telah dibuang, teruskan pada langkah untuk melakukan factory reset.

Bagaimana Factory Reset dilakukan?

Apabila kita melakukan factory reset terhadap telefon pintar Android, kebanyakan dari kita menganggap kesemuanya telah dipadamkan. Namun hakikatnya ia tidak berlaku sebegitu rupa. Sebenarnya, ia hanya bertindak memadamkan alamat lokasi kesemua data-data anda menjadikan ianya tidak dapat menjejaki di mana fail tersebut disimpankan.

Oleh yang demikian, terdapat kemungkinan seseorang yang membeli peranti yang anda jual itu mampu mendapatkannya kembali menggunakan perisian-perisian pemulihan fail yang biasa didapati di pasaran. Untuk itu, adalah mustahak untuk kita ketahui bagaimana caranya untuk memadam keseluruhan fail Android  dengan cara yang betul.

Enkripsikan data-data anda

Sebelum mula melakukan Factory Reset, anda disarankan supaya melakukan enkripsi data. Fungsi ini ada pada Android dan ia memerlukan anda untuk memasukkan PIN atau kata laluan. Ini sekurang-kurangnya mampu mencegah pengguna selain anda dari mendapatkan data-data yang dienkripsikan tersebut. Langkah melakukan enkripsi adalah seperti berikut;

  1. Caskan telefon pintar anda sehingga penuh atau sambungkannya pada pengecas sewaktu proses ini dijalankan. Hal ini kerana proses ini boleh memakan masa sehingga berjam-jam lamanya bergantung dengan jumlah data yang anda miliki.
  2. Cara untuk pergi ke tetapan enkripsi ini hanya sedikit berbeza antara telefon-telefon pintar berlainan model. Secara amnya, anda perlu pergi ke Settings > Security > Encrypt phone. Namun, untuk telefon pintar Samsung Galaxy, anda perlu pergi ke Settings > Lock screen & security > Protect encrypted data.

Jika anda menggunakan telefon pintar dengan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow dan ke atas, data-data akan dienkripsikan secara automatik. Anda boleh menyemak versi apa yang anda sedang gunakan pada peranti anda dengan melihat pada Settings > About device/phone > Software info.

Membuat factory reset

Imej dari Recovery-Android

Pastikan anda telah membuat salinan pendua data-data anda terlebih dahulu sebelum melakukan factory reset kerana data-data di dalam peranti anda akan hilang selepas proses ini selesai dilakukan.

  • Pergi ke Settings > Backup & reset > Factory data reset kemudian, ketik pada Reset phone atau Reset device.

Sebaik sahaja ianya selesai, telefon pintar anda akan ‘dibersihkan’ dari segala data-data yang ada di dalamnya. Jika ada pihak yang ingin mendapatkan semula data-data di dalam telefon pintar berkenaan, ianya telah pun dienkripsikan dan untuk menyahenskripsikannya pula adalah hampir mustahil.

Kini anda boleh berasa yakin dan selamat untuk menjual telefon pintar Android anda di kedai handphone secondhand.

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Check Also

Cara Lajukan Wi-Fi pada Android

Jika anda mendapati Wi-Fi anda ‘kuat makan’ bateri dan sambungan anda ke internet pula agak ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge