Home / Komputer / Laptop gaming Lenovo Legion kini di Malaysia, tampil dengan GTX 1050 pada harga RM3,299

Laptop gaming Lenovo Legion kini di Malaysia, tampil dengan GTX 1050 pada harga RM3,299

Pernah didedahkan sewaktu pameran CES 2017 yang lalu, laptop gaming Lenovo Legion kini hadir ke pasaran Malaysia. Antara yang turut tersenarai memasuki Malaysia, Lenovo Legion Y520 yang menampilkan unit pemprosesan grafik Nvidia GeForce GTX 1050 dan 1050 Ti. Tidak ketinggalan, Lenovo Legion Y720 yang menawarkan unit pemprosesan yang lebih berkuasa, GTX 1060.

Dari segi spesifikasi, Lenovo Legion Y520 yang dijual pada harga RM3,299 untuk model asasnya. Ia hadir dengan pemprosesan Intel Core i5-7300HQ berserta RAM 4GB DDR4, unit pemprosesan grafik Nvidia GTX 1050 2GB GDDR5 dan juga storan 1TB 5400rpm HDD. Manakala model Legion Y520 yang lebih tinggi sedikit ‘darjatnya’ pula hanya dibezakan dengan pemprosesan Core i7-7700HQ, unit pemprosesan grafik GTX 1050 4GB GDDR5 RAM dan dijual pada harga RM4,219.

Atas lagi dari model sebelum ini, Legion Y520 hadir dengan spesifikasi hampir serupa yang cuma dibezakan dengan penggunaan storan SSD PCIe M.2 128GB dan unit pemprosesan grafik GTX 1050 Ti 4GB GDDR5. Ia dijual pada harga RM4,919.

Lenovo Legion Y520 yang paling tinggi ‘darjatnya’, berharga RM5,419 hadir dengan storan SSD PCIe M.2 256GB, HDD 2TB 5400rpm, RAM DDR4 8GB, unit pemprosesan grafik GTX 1050 Ti 4GB GDDR5 berserta paparan 15.6-inci 1080p.

Manakala bagi Lenovo Legion Y720 pula, hanya satu model sahaja yang ditawarkan buat masa ini. Menampilkan pemprosesan Intel Core i7-7700HQ, Legion Y720 hadir bersama-sama memori DDR4 8GB, HDD 1TB 5400rpm dan unit pemprosesan grafik GeForce GTX 1060 6GB GDDR5. Ia turut dilengkapi dengan paparan 15.6 inci 1080p atau 4K dan dijual pada harga RM6,099.

Sumber berita diperoleh dari NST

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Check Also

Acer Swift 5 kini di Malaysia, harga bermula dari RM3,499

Acer secara rasminya mengumumkan ketibaan ultrabook Acer Swift 5 untuk pasaran Malaysia. Laptop peringkat pertengahan ...

One comment

  1. harga pun boleh tahan…

    nak beli tetapi bukan keperluan la pulak
    Hero Borneo recently posted…Ilmu Dari Balai Polis Kota SamarahanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge