Home / Mobile / Android / Meizu Pro 6 Plus akan dijual di Malaysia, harga bermula dari RM1,999

Meizu Pro 6 Plus akan dijual di Malaysia, harga bermula dari RM1,999

Pengedar telefon pintar berjenama Meizu di Malaysia, Dynamics Distribution telah mengesahkan telefon pintar flagship jenama berkenaan akan dijual di Malaysia melalui satu pengumuman yang diterbitkan melalui halaman rasmi Facebook Dynamics Distribution.

Tambah pengumuman tersebut, model 64GB Meizu Pro 6 Plus turut dijual bersama-sama model 128GB. Bagaimanapun, telefon pintar ini tidak dilengkapi dengan slot pengembangan kad mikro SD untuk menampung keperluan penambahan ruang.

Selain dari storan, Meizu Pro 6 Plus menampilkan kuasa pemprosesan melalui penggunaan cip Exynos 8890, paparan Super AMOLED 5.7-inci 1440p , RAM 4GB LPDDR4, kamera belakang 12MP f/2.0 dengan penstabil imej optikal and autofokus pengesan fasa, kamera hadapan 5MP dan bateri berkapasiti 3,400mAh. Telefon pintar ini juga dilengkapi dengan penderia cap jari pada bahagian depannya.

Meizu Pro 6 Plus akan dijual di Malaysia dengan tiga pilihan warna iaitu; Kelabu, Perak dan Emas. Sungguhpun Dynamics Distribution tidak menyatakan tarikh bila telefon pintar ini akan hadir ke Malaysia, harga telefon pintar berkenaan diumumkan akan dijual pada harga RM1,999.

Spesifikasi Meizu Pro 6 Plus (Model 64GB)

  • Sistem Operasi: Android OS 6.0 (Marshmallow)
  • Paparan: Super AMOLED 5.7-inci 1440p
  • Chipset: Exynos 8890 Octa
  • CPU: Octa-core (4×2.0 GHz Mongoose & 4×1.5 GHz Cortex-A53)
  • GPU: Mali-T880 MP10
  • Kamera depan: 5MP
  • Kamera belakang: 12MP f/2.0 dengan penstabil imej optikal and autofokus pengesan fasa
  • Memori: 4GB LPDDR4
  • Storan: 64GB
  • Slot kad mikro SD: Tiada
  • Sokongan rangkaian: GSM / HSPA / EVDO / LTE
  • SIM: Dwi-SIM
  • WLAN: Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, dual-band, WiFi Direct, hotspot
  • Bluetooth: v4.1, A2DP, LE
  • GPS: Ada dengan A-GPS, GLONASS
  • NFC: Ada
  • Radio: Tiada
  • USB: USB 3.1, Type-C 1.0 (penyambung boleh diterbalikkan)

Spesifikasi Meizu PMro 6 Plus (Model 128GB)

  • Sistem Operasi: Android OS 6.0 (Marshmallow)
  • Paparan: Super AMOLED 5.7-inci 1440p
  • Chipset: Exynos 8890 Octa
  • CPU: Octa-core (4×2.3 GHz Mongoose & 4×1.6 GHz Cortex-A53)
  • GPU: Mali-T880 MP12
  • Kamera depan: 5MP
  • Kamera belakang: 12MP f/2.0 dengan penstabil imej optikal and autofokus pengesan fasa
  • Memori: 4GB LPDDR4
  • Storan: 64GB
  • Slot kad mikro SD: Tiada
  • Sokongan rangkaian: GSM / HSPA / EVDO / LTE
  • SIM: Dwi-SIM
  • WLAN: Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, dual-band, WiFi Direct, hotspot
  • Bluetooth: v4.1, A2DP, LE
  • GPS: Ada dengan A-GPS, GLONASS
  • NFC: Ada
  • Radio: Tiada
  • USB: USB 3.1, Type-C 1.0 (penyambung boleh diterbalikkan)

Sumber maklumat diperoleh dari Facebook Dynamics Distribution

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge