Home / Panduan / Panduan lengkap Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) untuk Guru dan Ibu Bapa

Panduan lengkap Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) untuk Guru dan Ibu Bapa

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau singkatannya SAPS dirangka untuk menjalankan fungsi sebagai pusat pengumpulan, penyimpanan dan menganalisis data peperiksaan dalaman bagi setiap sekolah di seluruh Malaysia.

Sistem atas talian ini menyediakan pusat data berpusat bertujuan memberi kemudahan Kementerian Pelajaran Malaysia, JPN dan PPD untuk membuat perbandingan, analisis serta mengenalpasti kelemahan yang ada untuk diperbaiki.

Ia juga dijadikan sebagai penunjuk aras kepada pihak pengurusan melalui analisis TOV (Take Of Value), ETR (Expected Target Result) dan AR (Actual Result).

Pengguna-pengguna yang memanfaatkan sistem ini terdiri dari kalangan guru-guru, ibu bapa, pelajar-pelajar dan kakitangan pengurusan perkhidmatan pelajaran di seluruh Malaysia. Untuk mengaksesnya, para pengguna perlu menggunakan pelayar web untuk pergi ke pautan ini, https://sapsnkra.moe.gov.my

Walaubagaimanapun, terdapat sesetengah keadaan di mana pengguna menghadapi masalah untuk menggunakannya. Antara masalah yang dihadapi oleh pengguna adalah seperti;

Masalah login SAPS

Setiausaha Peperiksaan (SUP) Tidak Dapat Login ID

Terdapat beberapa kemungkinan Setiausaha Peperiksaan (SUP) tidak dapat melog masuk dengan menggunakan ID. Pertama SUP terlupa ID atau kata laluan sebenar. Kedua, SUP mungkin tersilap huruf besar/kecil bagi ID atau kata laluan. Sila hubungi HELPDESK bagi mendapatkan kepastian tentang perkara ini.

Guru Matapelajaran atau Guru Kelas Tidak Dapat Login ID dan juga masalah Lupa Kata Laluan

Guru Matapelajaran (GMP) atau Guru Kelas tersebut perlu memaklumkan masalah ini kepada SUP sekolah. SUP akan menyemak terlebih dahulu jika akaun GMP telah pun wujud atau tidak. Jika masih belum wujud, beliau akan menyediakan ID dan kata lauan yang baru. Jika akaun GMP berkenaan telah wujud, SUP boleh memberikan ID dan kata laluan tersebut atau membuat reset kata laluan.

SUP boleh menyemak ID dan kata laluan untuk GMP tersebut melalui langkah-langkah seperti berikut;

Menukar ID dan Kata Laluan

Bagi Setiausaha Pelajaran (SUP), Guru Kelas (GK) atau Guru Matapelajaran (GMP) yang ingin menukar ID dan kata laluan login SAPS untuk tujuan keselamatan, langkah-langkah seperti berikut perlu dilakukan;




Mendaftarkan Setiausaha Peperiksaan (SUP), Guru Kelas (GK), Guru Matapelajaran (GMP)

Masalah level SUP yang hilang

Terdapat sesetengah kes di mana SUP yang baru didaftarkan masih lagi didaftarkan pada peringkat GMP. Oleh itu, guru tersebut perlu memaklumkan hal ini kepada SUP lama dan SUP lama tersebut perlu menyemak status guru berkenaan untuk melihat level terkini. Jika SUP lama masih lagi didaftarkan sebagai SUP sekolah, tindakan seperti di bawah boleh dilakukan;

Seterusnya, paparan seperti berikut akan muncul;

Bagaimanapun, untuk SUP yang baru dipindahkan level oleh SUP lama untuk menggantikannya sebagai SUP baru dan SUP lama pula sudah bertukar level sebagai GMP. SUP baru perlu menghubungi HELPDESK SAPS untuk mengubah level dari GMP kepada SUP sekolah jika level di dalam SAPS masih lagi diletakkan di dalam GMP. Laporan hendaklah dilakukan dengan memberi kod sekolah atau nombor KP SUP baru kepada HELPDESK SAPS.

Pertukaran Level Guru Matapelajaran ke Guru Kelas

Bagi Guru Matapelajaran yang baru dilantik sebagai Guru Kelas, Guru Matapelajaran perlu mendaftar sebagai Guru Kelas melalui Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). Kemudian, GMP berkenaan dikehendaki memaklumkan mengenai pertukaran ke level GK tersebut kepada SUP sekolah supaya SUP menukarkan level dari GMP kepada GK di dalam SAPS. SUP sekolah hanya perlu klik pada menu import Data APDM > Senarai Kelas dan Guru Kelas untuk mengemaskini maklumat GK. Rujuk panduan di dalam gambarajah berikut;

Tukar level dari Guru Kelas ke Guru Matapelajaran

Guru Kelas yang ditukar menjadi Guru Matapelajaran perlu memaklumkan kepada SUP untuk menukar level GK kepada level GMP. SUP perlu klik pada Senarai Pengguna, pilih nama guru tersebut dan klik pada Reset.

Kemudian, melalui paparan berikut, klik butang Reset untuk menukarkan level GK ke level GMP.

Mendaftarkan Guru Matapelajaran yang baru ke dalam SAPS

Bagi guru yang baru mendaftarkan diri di sekolah dan menjadi Guru Matapelajaran, guru berkenaan boleh mendaftarkan diri melalui 2 kaedah;

Mendaftarkan sendiri melalui pautan https://sapsnkra.moe.gov.my

Pendaftaran melalui SUP

Bagi SUP yang ditugaskan untuk mendaftarkan GMP yang baru, berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mendaftar GMP;

Pengurusan Guru

Pertukaran Admin

Bagi Setiausaha Peperiksaan (SUP) yang ingin mengalihkan peranan Admin kepada guru lain, anda perlu melakukan langkah-langkah berikut;

Bila Guru Matapelajaran Tersalah Pilih Kod Subjek

Terdapat sesetengah keadaan di mana Guru Matapelajaran tersalah pilih kod subjek dan guru berkenaan perlu memaklumkannya ke SUP sekolah untuk diambil tindakan. SAPS telah menyediakan menu Semakan Ralat kod MP. Menu ini memudahkan SUP mengemaskini kod subjek yang salah. Menu ini boleh diakses pada menu Semakan > Semak Ralat MP. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh SUP;

Setelah selesai proses kemaskini, SUP perlu klik pada Proses Markah Peperiksaan bagi mendapatkan gred dan kedudukan terkini. Untuk makluman, markah asal akan dipindahkan kepada subjek baru yang telah dipilih.

Pertukaran Guru Ke Sekolah Baru

Bagi Guru Matapelajaran atau Guru Kelas yang akan berpindah ke sekolah baru, GK/GMP perlu memaklumkan perkara ini kepada SUP sekolah untuk SUP pindahkan GMP/GK ke sekolah lain dalam SAPS. Kaedah memindahkan guru oleh SUP adalah seperti berikut;

Seterusnya, paparan berikut akan dipamerkan;

Nota : Subjek guru berkenaan tidak perlu dihapuskan kerana guru yang mengambil alih subjek bagi kelas tersebut boleh mendaftarkan terus subjek berkenaan.

Mengambil Alih Subjek Guru Lain

Untuk guru yang menggantikan guru yang telah berpindah sekolah lain dan perlu mengambil alih subjek yang diajar oleh guru yang berpindah, anda dikehendaki mendaftar subjek yang diajar oleh guru yang telah berpindah dengan cara login sebagai GMP, kemudian klik pada Daftar MP. Berikut adalah langkah yang perlu dilakukan;

Guru ganti berkenaan masih lagi dapat melihat markah murid yang diajar oleh guru yang berpindah sebelum ini. Selain itu, markah yang diisi oleh guru subjek sebelum ini masih wujud pada paparan setelah guru subjek baru mendaftarkan subjek tersebut.

Masalah Dua Nama Sama Pada Lembaran Markah di dua kelas berbeza

Kadangkala, terdapat keadaan di mana satu nama pelajar berada pada dua kelas berbeza pada satu lembaran markah. Keadaan ini mungkin berlaku disebabkan sebelum ini murid terlibat dari kelas lain dan berpindah ke kelas baru. SUP perlu login ID mana-mana GMP murid terlibat dan klik butang ‘Simpan’ untuk markah yang telah diisi. Kemudian SUP akan mengesahkan dan proses balik untuk pengemaskinian lembaran markah yang betul dan nama pelajar tersebut akan dipaparkan pada kelas yang betul sahaja.

Jika keadaan tersebut masih lagi berlaku walaupun tindakan seperti yang disebutkan tadi telah diambil, SUP boleh menghubungi HELPDESK SAPS untuk membuat laporan mengenai masalah tersebut.

Maklumat Sekolah, Guru dan Pelajar masih Belum Wujud Dalam SAPS

Untuk sekolah baru yang masih belum didaftarkan dalam sistem SAPS, pihak sekolah dikehendaki menghubungi sama ada pegawai perhubungan SAPS di JPN atau melalui HELPDESK SAPS. HELPDESK SAPS akan mendaftarkan kod sekolah untuk sekolah baru tersebut. Selepas pihak sekolah dimaklumkan tentang pendaftaran ini, pihak sekolah hendaklah melantik seorang SUP dan beliau perlu mendaftarkan dirinya sebagai SUP dalam portal SAPS.

Bagi mendaftarkan guru-guru dan pelajar-pelajar ke dalam SAPS untuk kali pertama, data guru-guru dan pelajar-pelajar perlulah terlebih dahulu dikemaskini di portal Aplikasi Pangkalan Data Murid oleh pihak sekolah. Setelah siap proses pengemaskinian di APDM, barulah SUP melakukan proses Import ke dalam SAPS.

Nota : Proses Import boleh dilakukan melalui 3 cara iaitu:

  •  Import secara keseluruhan murid dengan cara klik IMPORT DATA APDM
  • Import secara IMPORT DARJAH
  • Import secara IMPORT INDIVIDU

Semakan SAPS Ibu Bapa

Nombor Kad Pengenalan Pelajar Tidak Dapat Akses SAPS

Ibu bapa yang tidak dapat mengakses ke SAPS setelah memasukkan nombor kad pengenalan pelajar perlu menghubungi guru kelas (GK) anak masing-masing bagi memaklumkan masalah tersebut. GK hendaklah menyemak nombor kad pengenalan dengan dokumen sokongan (KP/sijil lahir). Jika disahkan salah, GK perlu mengemaskini pelajar berkenaan di APDM dan melaporkan masalah ini kepada SUP sekolah. SUP dikehendaki mengemaskini nombor KP pelajar tersebut di SAPS dengan cara seperti berikut;

SUP juga perlu menghubungi HELPDESK SAPS untuk memaklumkan penukaran nombor KP pelajar tesebut dengan memberitahu nombor KP yang salah dan nombor KP terkini dan membolehkan pengemaskinian nombor KP dilakukan. Jika tidak dimaklumkan, markah peperiksaan pelajar sebelum ini tidak akan dipaparkan pada Semakan Ibubapa dan slip keputusan.

Ejaan Nama Anak Salah di dalam SAPS

Ibu bapa yang mendapati kesalahan ejaan pada nama anak masing-masing dikehendaki menghubungi guru kelas (GK) anak mereka untuk memaklumkan hal berkenaan. Setelah itu, GK perlu mengemaskini nama pelajar tersebut di dalam APDM dan memaklumkan kepada SUP sekolah untuk Import semula nama pelajar yang telah dikemaskini ke dalam SAPS. Langkah-langkah adalah seperti berikut;




Bagaimanapun, SUP sekolah tidak perlu menghubungi pihak HELPDESK SAPS untuk memaklumkan hal ini kerana kesalahan ejaan nama pelajar tidak menjejaskan markah peperiksaan sebelum ini, tetapi SUP dikehendaki memproses semula untuk mendapatkan ejaan nama pelajar terkini pada slip peperiksaan.

Pengisian markah percubaan UPSR/PMR

Masalah pengesahan markah tidak dapat dilakukan

SUP sekolah yang tidak dapat membuat Pengesahan Markah untuk Peperiksaan Percubaan UPSR dalam SAPS
mungkin disebabkan masih ada GMP subjek teras yang masih belum menyelesaikan pengisian markah untuk subjek tersebut di dalam SAPS. Butang Pengesahan Markah hanya akan dipaparkan setelah semua GMP subjek teras menyelesaikan pengisian markah.

SUP boleh membuat pengesahan markah untuk Peperiksaan Percubaan UPSR melalui langkah-langkah berikut;

Pengesahan markah hanya boleh dilakukan apabila status pengisian markah berwarna HIJAU seperti ditunjukkan di bawah. Jika status pengisian berwarna HIJAU, langkah-langkah seterusnya perlu dilakukan;

Paparan di bawah menunjukkan Pengesahan Markah tidak dapat dilakukan kerana status pengisian masih lagi MERAH. SUP perlu menyemak subjek teras yang belum diisi markah dan memaklumkan hal berkenaan kepada GMP terlibat supaya tindakan boleh diambil.

Subjek-Subjek Yang Diambilkira Dalam Pengiraan GPS PMR

Berikut merupakan subjek-subjek Teras yang diambilkira dalam penilaian PMR;

Pengisian Markah Untuk Peperiksaan Percubaan

Subjek teras seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Melayu Pemahaman, Matematik, Sains wajib diisi di dalam SAPS. Namun begitu, jika Peperiksaan Percubaan UPSR turut diuji subjek bukan teras seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Seni, Pendidikan Moral, Pendidikan Muzik, Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, bolehlah dimasukkan tetapi pengiraan GPS adalah berdasarkan subjek teras sahaja.

Cara mengubah bilangan murid subjek yang diajar

GMP boleh mengubah bilangan murid jika ada pertambahan murid di dalam kelas tersebut melalui cara seperti berikut;

Seterusnya, melalui paparan berikut;

Nota :

  • Bilangan pelajar (Bil Pel) perlu sama dengan bilangan markah (Bil M) supaya status markah berwarna HIJAU
  • Jika Bil Pel salah, GMP boleh mengubah bilangan pelajar seperti langkah di atas.
  • Jika Bil M lebih kecil dari Bil Pel, ini bermakna GMP tidak mengisi markah keseluruhan pelajar. GMP perlu memeriksa semula agar pengisian dilakukan dengan sempurna.

Sumber maklumat diperoleh dari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

6 comments

  1. wow!!! dah mcm ni yek berurusan dgn sekolah…. byak tahun lagi anak saya nak ke solah.. sistem ape plak la yang nak di gunakn?
    Wan Syahida recently posted…Phytoestrogen Dalam Soya Penyebab Kanser?My Profile

  2. Bonda Noor Azimah

    Aslmkm…

    Dah boleh tanya pasal SAPS tak?

    Senarai semak Kemasukan Data TOV/ETR Sekolah mengikut Mata Pelajaran Kelas Tahun (1 – 5) 2017

    Hanya daftar subjek yg masuk ujian/peperiksaan je

    atau
    Daftar semua subjek KSSR (thn 2-6) dan KSSR Semakan t1 2017?

    : Dulu takde Ujian 1…
    Sekarang ada dlm SAPS…

  3. Ibu bapa pun dah kena celik IT juga. Bukan setakat facebook dan wassap sahaja. Perkara penting macam ni sebenarnya kena ambil tahu. Ada juga cikgu berhati mulia yang boleh tolong tunjukkan macma mana nak guna, ada setengah cikgu yang kata, buat sendiri di rumah.
    Azwan recently posted…Kaweco Ice Sport Rollerball; pembelian atas talian.My Profile

  4. Saru sistem semakan yang berguna buat ibu bapa. Jadi keputusan peperiksaan anak mereka akan diketahui dengan lebih cepat
    SAPS Ibu Bapa recently posted…SAPS Ibu Bapa 2017 Semak Keputusan PeperiksaanMy Profile

  5. Semakan keputusan peperiksaan pelajar online untuk memudahkan penjaga dan ibu bapa
    SAPS NKRA recently posted…SAPS Ibu Bapa 2017 Semakan Keputusan Peperiksaan OnlineMy Profile

  6. Assalamualaikum​…saya md razif…ingin bertanya,pernah tak terfikir…maklumat peribadi pelajar bole di akses oleh orang lain yang tahu no ic pelajar yang menjadi mangsa?
    Saps bagi saya amat bagus cuma kekurangan sekuriti yang boleh diekses oleh pihak ke dua,saya amat mengalukan agar pasword login di wujudkan dan ibu bapa dibenarkan untuk mereka pasword tersebut sebagai langkah awal agar markah anak2 tidak di cerobohi oleh pihak ke 2.
    Sekian terima kasih
    (Mangsa pencerobohan maklumat pelajar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge