Home / Mobile / Android / Sony Malaysia bawakan Xperia XZs (RM2,899) dan XA1 (RM1,199) ke pasaran

Sony Malaysia bawakan Xperia XZs (RM2,899) dan XA1 (RM1,199) ke pasaran

Sony Malaysia telah melancarkan dua model terkini telefon pintarnya di Malaysia; Xperia XZs dan Xperia XA1. Kedua-dua model peranti ini hadir ke pasaran dalam negara lebih kurang sebulan selepas pelancaran julung kalinya bersempena MWC 2017 yang diadakan pada bulan lepas.

Dari segi penawaran pada spesifikasi, kedua-dua model telefon pintar ini tidak jauh bezanya. Antara yang membezakan antara satu sama lain adalah kemampuan merekod video pada kadar bingkai 960fps untuk model Xperia XZs.

Selain dari kamera belakang 19MP yang mampu merekodkan video pada kadar bingkai yang tinggi, ia dilengkapi dengan paparan 1080p 5.2-inci, pemprosesan Qualcomm Snapdragon 820 berserta dengan RAM 4GB, storan 64GB berserta slot pengembangan kad mikro SD, kamera hadapan 13MP, bateri berkapasiti 2,900mAh, serta butang suis yang boleh bertindak sebagai penderia cap jari.

Manakala model Xperia XA1 pula, pada harga yang lebih rendah berbanding model yang satu lagi, ia menampilkan paparan 5-inci 720p, pemprosesan MediaTek Helio P20 berserta RAM 3GB, storan 32GB yang boleh dikembangkan melalui slot kad mikro SD, kamera belakang 23MP dan 8MP untuk kamera depan. Juga, ia dilengkapi dengan bateri berkapasiti 2,300mAh.

Sistem operasi bagi kedua-dua model Sony Xperia yang terkini ini adalah Android Nougat.

Sony Xperia XZs dan Xperia XA1 kini boleh dibuat pra-tempahan bermula dari 29 Mac hingga 9 April melalui Sony Stores, Sony Centres dan wakil jualan yang sah yang terpilih. Serta, pengguna juga boleh membuat pra-tempahan secara atas talian melalui 11street.

Bagi pengguna yang membuat pra-tempahan terhadap Sony Xperia XZs, akan layak menerima cenderahati berupa Set Kepala Bluetooth SBH8, Pengecas Pantas UCH12W, pelapik kerangka silikon, dan pelindung skrin kaca terbaja (tempered glass). Untuk pengguna yang membuat pra-tempahan untuk Sony Xperia XA1 pula, anda akan layak menerima dok pengecasan DK60, pelindung kerangka silikon dan pelindung skrin.

Sony Xperia XZs akan dijual pada harga saranan RM2,899 dan untuk Sony Xperia XA1 pula kan dijual pada harga RM1,199.

Sumber berita diperoleh dari Sony Malaysia melalui SoyaCincau

 

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge