Home / Komputer / Cara mendapatkan semula kata laluan Wi-Fi yang disimpan pada PC anda

Cara mendapatkan semula kata laluan Wi-Fi yang disimpan pada PC anda

Adakah anda telah terlupa kata laluan untuk Wi-Fi anda? Jangan bimbang. PC anda tahu dan boleh ‘tolong’ anda mengingatinya semula. Ikuti panduan berikut untuk mengetahu cara-cara mendapatkan semula kata laluan-kata laluan Wi-Fi yang telah disimpan oleh PC.

Manfaat menggunakan rangkaian Wi-Fi sememangnya besar tanpa mengira sama ada ianya untuk kegunaan di rumah mahupun  di pejabat. Anda, ahli keluarga, kenalan dan juga rakan sepejabat dapat menghubungkan peranti-peranti masing-masing ke internet melalui rangkaian Wi-Fi.

Itupun, selagi anda masih mengingati kata laluan rangkaian yang pernah anda gunakan dulu. Kadang-kadang bukan apa, biasanya kata laluan untuk rangkaian Wi-Fi direka dengan menggabungkan huruf, simbol dan angka yang rumit agar ianya lebih sukar untuk diceroboh oleh pengguna yang tidak diundang. Oleh itu, adalah menjadi kebiasaan bagi pemilik rangkaian Wi-Fi itu sendiri pun tidak dapat mengingati kata laluan rekaannya.

PC yang anda selalu gunakan dengan rangkaian Wi-Fi berkenaan mungkin tidak ada masalah untuk memasukkan kata laluan kerana pada kebiasaannya ia akan menyimpan kata laluan berkenaan. Namun, ia menjadi masalah apabila ada rakan-rakan atau sanak saudara anda yang lain ingin ‘meminjam’ rangkaian tanpa wayar anda itu.

Berikut adalah diantara cara-cara yang boleh anda gunakan untuk mendapatkannya kembali;

Bila sedang bersambungan dengan Wi-Fi

Bagi pengguna sistem operasi Microsoft Windows 7 dan ke atas, langkah untuk mendapatkan kata laluan adalah lebih mudah untuk dilakukan. Langkah yang diberikan berikut adalah dibuat pada Windows 10. Namun, ianya lebih kurang sama untuk pengguna-pengguna Windows 8.1, 8 dan 7. Anda boleh rujuk dengan Microsoft untuk mendapatkan panduan khusus mengikut jenis-jenis sistem operasi di sini.

Pada Windows 10, klik kanan pada menu Start dan pilih Control Panel. Jika Control Panel anda memaparkan dalam bentuk ‘Category View’, pergi ke Network and Internet > Network and Sharing Center.

Pada sebelah atas tetingkap, anda akan dapat melihat bahagian yang dinamakan sebagai “View your active networks” menyenaraikan sambungan-sambungan yang ada. Klik pada pautan biru yang dilabelkan sebagai “Connections.”

Ini seterusnya akan membawa ke tetingkap Wi-Fi Status. Seterunsya klik Properties  dan pada tetingkap yang baru, pergi ke tab Security. Disini anda akan melihat teks kotak entri yang dinamakan “Network security key” berserta kata laluan Wi-Fi yang ditunjukkan dengan titik-titik hitam.

Untuk melihat kata laluan anda, klik pada kotak Show characters dan kata laluan anda akan tertera pada kotak Network security key. Pada peringkat ini, anda telah mengetahui kata laluan yang digunakan oleh anda dan terpulang pada anda untuk berkongsi kata laluan berkenaan.

Bila tak bersambung..

Cara di atas dapat dilakukan pada PC yang sedang bersambung dengan rangkaian Wi-Fi berkenaan. Untuk mendapatkan kata laluan pada PC yang tidak bersambungan dengan rangkaian atau anda ingin mendapatkan kata laluan pada rangkaian-rangkaian Wi-Fi terdahulu yang pernah disambungkan dengan PC tersebut, anda perlu menggunakan cara lain.

Langkah paling mudah untuk mendapatkannya adalah dengan menggunakan perisian WirelessKeyView dari NirSoft. Program berkenaan boleh dimuat turun dalam bentuk fail zip. Sarikan (extract) kandungan berkenaan ke mana-mana lokasi yang anda inginkan dan klik pada fail WirelessKeyView.exe yang disediakan di dalamnya.

Imej diperoleh dari Addictive Tips

Program berkenaan akan membuka sebuah senarai kata laluan-kata laluan rangkaian Wi-Fi yang telah disimpan oleh komputer anda. Kata laluan berkenaan akan disenaraikan pada lajur ‘Key (Ascii)’ dan ‘Key (Hex)’. Tapi biasanya kita akan melihat pada lajur ‘Key (Hex)’ kerana ia lebih mudah untuk difahami.

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

4 comments

  1. saya guna WIFI dari henfon sahaja..

    nak beli namun belum mampu lagi..
    Hero Borneo recently posted…Ilmu Dari Balai Polis Kota SamarahanMy Profile

  2. Thanks share!sebab memang lupa habis kalau laptop or hp first time guna. So terpaksalah guna password yang tak unik. Bahaya lah jugak kan
    Sal Nino recently posted…Menuju Puncak Rokko – Part 6 – Kansai TripMy Profile

  3. Kalo password router cmne min? Lupa.. ada cara x selain reset..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge