Home / Mobile / Tune Talk turunkan harga pelan data, 10GB untuk RM50 dan 5GB untuk RM30

Tune Talk turunkan harga pelan data, 10GB untuk RM50 dan 5GB untuk RM30

Kadar data untuk pelan Tune Talk kini semakin rendah apabila telah mengemaskini tawaran untuk pelan data berkelajuan tinggi melalui had data sehingga 10GB pada harga RM50. Bagi pelan harian pula, ia kini bermula dari RM0.88 sehari untuk had data sehingga 100MB.

Melalui kemaskini terbaru ini, Tune Talk menawarkan hanya empat pelan “datatata”.

  • RM0.88 – 100MB pelan harian
  • RM8.80 – 1GB pelan mingguan
  • RM28 – 4GB pelan bulanan
  • RM48 – 8GB pelan bulanan

Bagi pengguna yang inginkan lebih data, anda hanya perlu menambah nilai RM30 untuk mendapatkan 1GB data percuma atau tambah nilai RM50 untuk mendapatkan tambahan data 2GB secara percuma.

Pelan terbaru ini boleh dikirakan sebagai lebih berbaloi berbanding pelan terdahulu. Sebelum ini, Tune Talk hanya menawarkan data 3GB untuk RM48 sebulan dan data 5GB untuk RM65 sebulan. Bagaimanapun, pelan-pelan lain seperti pelan harian 200MB, pas data harian 500MB dan 1GB, pelan mingguan 100MB dan pelan data 14 hari 500MB kini telah dimansuhkan.

Kesemua pelanggan Tune Talk dapat menikmati pelan terbaru ini bermula dari 18 Mac 2017. Pelanggan Tone Excel dan Tone Plus dikecualikan dari pelan terbaru ini.

Ambil perhatian bahawa pelan ini akan diperbaharui sebaik sahaja ianya tamat tempoh dan jika baki kredit tidak mencukupi, pembaharuan akan ditangguhkan sehingga kredit ditambah nilai.

Untuk melanggan, pengguna Tune Talk hanya perlu taipkan ke 2222 melalui kata kunci berikut;

  • 100MB pelan harian – “100M”
  • 1GB pelan mingguan – “1G”
  • 4GB pelan bulanan – “4G”
  • 8GB pelan bulanan – “8G”

Untuk menghentikan langganan, taipkan kata kunci berikut ke 2222:

  • 100MB pelan harian – “100M STOP”
  • 1GB pelan mingguan – “1G STOP”
  • 4GB pelan bulanan – “4G STOP”
  • 8GB pelan bulanan – “8G STOP”

Layari laman rasmi Tune Talk untuk maklumat lanjut

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge