Home / Komputer / Cara lajukan komputer Windows 7 melalui msconfig

Cara lajukan komputer Windows 7 melalui msconfig

Apabila komputer Windows 7 anda terasa agak perlahan untuk dihidupkan, anda mungkin perlu melakukan ‘clean boot’ agar sistem operasi komputer anda dapat dimuatkan tanpa perlu memulakan aplikasi dan perkhidmatan tambahan. Ia seterusnya menjadikan komputer anda hanya menjalankan aplikasi dan perkhidmatan yang penting sahaja sekadar untuk menghidupkan Windows.

Anda boleh menetapkan clean boot ini dengan terlebih dahulu mendapatkan akses pengguna ‘administrator’. Melaluinya, anda dapat menyelesaikan beberapa masalah berkaitan dengan ‘startup’ seperti lambat untuk dihidupkan, tergendala secara tiba-tiba sewaktu ‘boot’ dan juga membuang notifikasi ralat perkhidmatan dan aplikasi tertentu.

Cara membuka Windows System Configuration

Tekan kekunci Windows+ R untuk membuka tetingkap RUN, kemudian taipkan msconfig untuk membuka tetingkap ‘system configuration’. Seterusnya;

  1. Pilih tab ‘Services’
  2. Tandakan pada ‘Hide All Microsoft Services’
  3. Buangkan pada tanda (untick) pada mana-mana service yang anda rasakan tidak penting
  4. Klik butang ‘Apply’

Membuang Aplikasi/Program bukan Microsoft dari Boot Process

Masih lagi di dalam tetingkap ‘system configuration’ itu tadi, seterusnya anda perlu melakukan;

  1. Pergi ke tab ‘Startup’
  2. Buangkan tanda (untick) pada mana-mana program yang ada rasakan tidak perlu
  3. Klik butang ‘Apply’

Anda boleh memilih sama ada melakukan restart pada PC anda atau tidak. Anda mungkin dapat merasakan perbezaan sebelum dan selepas anda melakukan perubahan pada ‘system configuration’ itu tadi sebaik sahaja anda melakukan restart.

Penalaan pada tetapan system configuration ini diharap dapat menjadikan proses ‘boot’ komputer Windows anda lebih pantas seperti sewaktu keadaan asalnya.

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge