Home / Mobile / Android / Maxis kini menawarkan Huawei P10 Plus dari RM100 sebulan

Maxis kini menawarkan Huawei P10 Plus dari RM100 sebulan

Maxis kini turut menawarkan Huawei P10 Plus ke dalam pelan pakejnya dan anda boleh mendapatkan telefon pintar berkenaan pada harga serendah RM100 melalui pelan Maxis Zerolution atau dari RM1,799 melalui pelan biasa. Huawei P10 Plus dijual pada harga saranan RM2923.58 (harga sebelum dicampurkan dengan GST 6%).

Pengguna yang mendaftar untuk Maxis Zerolution berpeluang untuk mendapatkan Huawei P10 Plus pada kadar RM100 sebulan. Jika berminat untuk mendapatkan naik taraf telefon pintar baru selepas 12 bulan, pengguna dikehendaki membayar tambahan RM44 sebulan sebagai bayaran naik taraf.

Telefon pintar yang dipulangkan selepas tempoh 12 bulan perlu dalam keadaan baik tanpa sebarang kerosakan. Pengguna juga boleh menambah kadar bayaran sebanyak RM23 sebulan bagi memberikan perlindungan kerosakan seperti keretakan skrin, kecuaian dan juga kecurian agar dapat memberi peluang menaik taraf ke telefon pintar baru tanpa sebarang masalah.

Kelebihan menggunakan pelan Maxis Zerolution termasuklah tanpa wang pendahuluan, boleh menukar pelan pada bila-bila masa, tanpa penalti dan tanpa faedah.

Bagaimanapun, pengguna masih lagi boleh mendapatkan Huawei 10 Plus melalui pelan MaxisONE dengan pilihan pakej 128/158/188 berserta kontrak selama 24 bulan.

Sumber info diperoleh dari Maxis

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge