Home / Mobile / Android / Meizu MX4 kini ditawarkan pada harga bermula dari RM299

Meizu MX4 kini ditawarkan pada harga bermula dari RM299

Telefon pintar ini pada asalnya hadir ke pasaran Malaysia pada tahun 2014 yang lalu dan kini, Meizu Malaysia telah mengumumkan pengurangan harga bagi telefon pintar Meizu MX4. Hadir dengan pilihan kapasiti storan 16GB dan 32GB, harga untuk telefon pintar ini masing-masing RM1,099 dan RM1,199.

Meizu MX4 dilengkapi dengan paparan HD 5.36 inci dan dikuasakan dengan chipset lapan teras MediaTek MT6595. Ia juga memiliki kapasiti RAM 2GB dan bateri 3,100 mAh.

Lain-lain ciri, termasuklah kamera belakang berauto fokus 20.7-megapiksel dengan penderia Sony IMX220 Exmor RS. Manakala kamera hadapannya, 2.1 megapiksel pula didatangkan dengan penderia Sony IMX208. Sungguhpun telefon pintar ini sudah agak lama hadir ke pasaran, dengan tawaran harga ini tentunya menarik minat ramai pengguna memandangkan spesifikasinya adalah sangat OK pada harga RM299 untuk pilihan 16GB dan RM399 untuk pilihan RM399.

Bagaimanapun, tawaran harga ini adalah untuk masa terhad bagi pembelian secara atas talian melalui Lazada dan 11street.

Spesifikasi Meizu MX4 (Model 16GB)

  • Sistem Operasi: Android OS 4.4.4 (KitKat)
  • Paparan: IPS LCD 5.36 inci, resolusi 1152 x 1920 piksel
  • Chipset: MediaTek MT6595
  • CPU: Octa-core (4×2.2 GHz Cortex-A17 & 4×1.7 GHz Cortex-A7)
  • GPU: PowerVR G6200
  • Kamera depan: 2.1 MP
  • Kamera belakang: 20.7 MP, f/2.2
  • Memori: 4GB
  • Storan: 16GB
  • Slot kad mikro SD: Tiada
  • Sokongan rangkaian: GSM / HSPA / LTE
  • SIM: SIM Mikro
  • WLAN: Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, dual-band, WiFi Direct
  • Bluetooth: v4.0, A2DP
  • GPS: Ada dengan A-GPS, GLONASS, BDS, QZSS
  • Radio: Tiada
  • USB: Mikro USB 2.0 (MHL TV-out), USB Host

Spesifikasi Meizu MX4 (Model 32GB)

  • Sistem Operasi: Android OS 4.4.4 (KitKat)
  • Paparan: IPS LCD 5.36 inci, resolusi 1152 x 1920 piksel
  • Chipset: MediaTek MT6595
  • CPU: Octa-core (4×2.2 GHz Cortex-A17 & 4×1.7 GHz Cortex-A7)
  • GPU: PowerVR G6200
  • Kamera depan: 2.1 MP
  • Kamera belakang: 20.7 MP, f/2.2
  • Memori: 4GB
  • Storan: 32GB
  • Slot kad mikro SD: Tiada
  • Sokongan rangkaian: GSM / HSPA / LTE
  • SIM: SIM Mikro
  • WLAN: Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, dual-band, WiFi Direct
  • Bluetooth: v4.0, A2DP
  • GPS: Ada dengan A-GPS, GLONASS, BDS, QZSS
  • Radio: Tiada
  • USB: Mikro USB 2.0 (MHL TV-out), USB Host

Sumber berita diperoleh dari Facebook Meizu Malaysia

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge