Home / Komputer / Microsoft tamatkan sokongan untuk Windows Vista

Microsoft tamatkan sokongan untuk Windows Vista

Microsoft akhirnya telah menamatkan sokongan terhadap Windows Vista, antara salah satu sistem operasi Microsoft yang ramai menyampah. Hadir menemui pengguna 10 tahun lalu, sambutan yang diterima tidak begitu menggalakkan.

Pemberhentian sokongan ini menjadikan Vista tidak lagi menerima sebarang kemaskini keselamatan dan juga pemulihan pepijat. Bagi pengguna yang tegar atau redha menggunakan Windows Vista masih lagi boleh menggunakan sistem operasi ini. Cuma berisiko untuk terdedah dengan ancaman keselamatan pada masa akan datang.

Windows Vista direka dengan tumpuan utama terhadap antara muka baru yang lebih inovatif. Namun, disebabkan faktor penggunaan grafik yang besar mengakibatkan waktu untuk sistem operasi ini boot menjadi lebih panjang. Serta, mengganggu proses keseluruhan sistem operasi ini berjalan yang menjadikannya lembab apabila digunakan. Ia hanya akan berjalan lancar pada sistem komputer yang berspesifikasi tinggi.

Atas sebab itu, pengguna lebih rela menggunakan sistem operasi Windows XP dari menggunakan Vista. Peratusan penggunaannya juga agak rendah dan ada sesetengah kajian yang mendakwa hanya sekitar 1 peratus sahaja yang menggunakannya di seluruh dunia. Sebagai perbandingan, Windows 7 yang dilancarkan pada 2009 kini merupakan sistem operasi komputer yang paling popular.

Lagi pun, kebanyakan pengguna mungkin sudah lama tidak menggunakannya atau mungkin juga langsung tak pernah sentuh sistem operasi ini. Windows Vista masih lagi digunakan pada sesetengah syarikat dan organisasi atas faktor kekangan belanjawan yang dikhususkan untuk bahagian IT. Melalui pengumuman ini, mungkin dapat memberikan lebih justifikasi untuk syarikat atau organisasi supaya menaik taraf perkakasan dan sistem pada bahagian IT masing-masing.

Sumber berita diperoleh dari Microsoft Support

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

2 comments

  1. Tak pernah pakai pun..

  2. wow perkongsian yang sgt menarik sebagai rujukan masa hadapan.Thank you!
    wan syahida recently posted…Resepi Homemade Nugget Ayam Paling Sihat dan Mudah!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge