Home / Teknologi / Kaunter Pasport di Seluruh Negara ditutup 8 April untuk kerja naik taraf Sistem Imigresen Malaysia, myIMMS

Kaunter Pasport di Seluruh Negara ditutup 8 April untuk kerja naik taraf Sistem Imigresen Malaysia, myIMMS

Pada 8 April ini, kesemua kaunter perkhidmatan pasport di seluruh negara akan ditutup berikutan kerja-kerja penaiktarafan Sistem Imigresen Malaysia (Malaysian Immigration System, myIMMS).

Jabatan Imigresen melalui satu kenyataan dikeluarkan, telah memaklumkan kaunter-kaunter di ibu pejabat dan cawangan-cawangan termasuk di Pusat Tranformasi Bandar (Urban Transformation Centres, UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (Rural Transformation Centre, RTC) dari 12 tengah malam hingga 11.59 malam.

‘‘Untuk makluman, kerja-kerja naik taraf Jabatan Imigresen bertujuan meningkatkan lagi kualiti capaian terhadap sistem utama JIM.

‘‘Sehubungan itu, sepanjang tempoh masa kerja-kerja ini dijalankan, capaian terhadap sistem myIMMS akan mengalami gangguan,’’ menurut kenyataan berkenaan.

Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs) yang bernilai RM10.3 juta, sebelum ini telah dipasang di depot tahanan imigresen seluruh negara bagi tujuan penyaringan pendatang tanpa izin (PATI).

-Sumber berita diperoleh dari The Star, Imej cover diperoleh dari fazrol.com

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge