Home / Mobile / iOS / Rajah Skematik iPhone 8 didakwa telah tertiris

Rajah Skematik iPhone 8 didakwa telah tertiris

Pentiris peranti Apple bersiri, Sonny Dickson beraksi lagi. Kini dengan sebahagian maklumat berkaitan perancangan penghasilan iPhone 8.

Beliau yang mempunyai sejarah selama tiga tahun dalam membocorkan maklumat berkenaan iPhone sebelum tarikh pelancaran rasminya, telah mendedahkan kemungkinan iPhone 8 bakal dilancarkan pada tahun ini juga.

Gambarajah skematik berserta watermark berkenaan berkemungkinan besar hadir melalui media sosial China, QQ. Jika didapati gambarajah berkenaan adalah tulen, ia dapat mengesahkan bahawa Apple telah mempertimbangkan untuk mengalihkan pengimbas cap jari TouchID ke bahagian belakang.

Selain itu, turut didapati telefon pintar berkenaan mempunyai dwi-kamera pada belakangnya yang disusun secara menegak berbanding melintang seperti yang ada pada iPhone 7 Plus sekarang ini. Gambarajah berkenaan turut mendedahkan ketiadaan butang volume pada sebelah tepi iPhone berkenaan.

Tidak ketinggalan, kerangka iPhone seperti di dalam gambarajah menunjukkan ianya berukuran 72.497mm lebar dan 149.501mm panjang.

Bagaimanapun, maklumat yang diterima ini masih belum boleh dianggap sebagai rekaan sebenar iPhone 8 nanti. Boleh jadi, gambarajah berkenaan mungkin hanya sebuah draf yang masih diperingkat perbincangan yang belum mencapai kata putus.

Tambahan pula, penganalisis dari Pacific Crest Securities, Andy Hargreaves menyatakan kemungkinan Apple menunda tarikh pelancaran iPhone 8 berikutan masalah untuk menentukan tata susunan pengimbas cap jari. Walaupun kebanyakan telefon pintar lain menyediakan pengimbas cap jari pada bahagian belakang, ia mendapat rungutan dari sesetengah pengguna yang menyatakan ia menyusahkan untuk membuka telefon pintar apabila ia diletakkan pada atas meja.

Sumber berita diperoleh dari Fortune, Imej diperoleh dari Yahoo Jepun

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge