Home / Mobile / Android / Kemaskini Android 7.0 Nougat secara rasminya hadir untuk Samsung Galaxy Note 5 di Malaysia

Kemaskini Android 7.0 Nougat secara rasminya hadir untuk Samsung Galaxy Note 5 di Malaysia

Samsung Galaxy Note 5, salah sebuah telefon pintar dari keluarga Note yang paling popular kini akhirnya telah menerima kemaskini Android 7.0 Nougat. Kemaskini yang ditunggu-tunggu ini boleh dimuat turun oleh pengguna-pengguna di Malaysia bermula 18 April 2017.

Naik taraf dari Android Marshmallow ke Android Nougat ini menampilkan beberapa ciri-ciri penambahbaikan yang terbaru. Antaranya, ciri luaran yang tampak lebih anggun dan tersusun terutamanya pada bar pemberitahuan, selain dari perubahan pada cara bagaimana pemberitahuan disampaikan kepada pengguna.

Selain dari itu, Android Nougat turut memperkenalkan ciri keselamatan terbaru pada Samsung Galaxy Note 5. Lain-lain ciri yang diberikan nafas baru pada kemaskini ini termasuklah menu tambahan pada ikon aplikasi, perubahan saiz grid aplikasi dan juga penapis pencahayaan biru.

Bagi anda yang memiliki Galaxy Note 5, anda kini boleh memeriksa pada tetapan untuk menyemak kemaskini  yang disedia melalui cara over-the-air (OTA).

Sumber berita diperoleh dari SoyaCincau, Imej dari Android Community

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge