Home / Internet / TM akan tawar pakej UniFi Lite, RM149/10Mbps + 600 Minit dan RM129/10Mbps

TM akan tawar pakej UniFi Lite, RM149/10Mbps + 600 Minit dan RM129/10Mbps

Beberapa minggu lalu telah berlegar khabar angin yang berceritakan tentang kehadiran pelan UniFi Lite di ruang-ruang forum dan media sosial. Malah, terdapat juga maklumat tentang TM telah membuat migrasi pelanggan UniFi VIP5 ke pelan yang baru.

Terkini, tampil brosur iklan yang memaparkan segala info-info serupa sebagaimana yang telah diceritakan melalui khabar-khabar angin sebelum ini. Antaranya, termasuklah kelajuan muat turun 10Mbps, kelajuan muat naik 5Mbps, akses HyppTV melalui HyppTV Everywhere tanpa set top box HyppTV dan panggilan tempatan 600 minit.

Berikut adalah brosur iklan berkenaan;

Dalam brosur berkenaan menyatakan pengguna yang melanggan pelan UniFi Lite sebelum 31 Mei bakal menerima akses percuma ke sembilan saluran popular HyppTV selama tiga bulan. Selain itu, pengguna juga mempunyai pilihan sama ada untuk mengambil Voice STD 20 atau tidak. Tanpa pilihan Voice STD 20 ini, pengguna hanya perlu melanggan pakej UniFi Lite 10Mbps pada harga RM129.

Pakej ini dilihat lebih masuk akal jika dibandingkan dengan pakej Streamyx yang pada masa ini boleh dikirakan sebagai ‘cekik darah’. Sudahlah mahal, lembab pulak tu. Apa pun, kita masih lagi perlu menunggu pengumuman rasmi dari pihak TM berkenaan pakej terbaru UniFi.

Sumber info diperoleh dari Streamyx and UniFi Melaka

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge