Home / Mobile / Android / Xiaomi Redmi 4X hadir untuk pasaran Malaysia pada 22 April, harga RM679

Xiaomi Redmi 4X hadir untuk pasaran Malaysia pada 22 April, harga RM679

Xiaomi telah mengumumkan kehadiran telefon pintar berorientasikan bajet keluarannya Xiaomi Redmi 4X untuk pasaran Malaysia. Tarikh bermula jualannya ditetapkan pada hujung minggu ini, 22 April. Sama seperti Redmi 4A, Redmi 4X turut ditawarkan dengan pilihan storan 32GB.

Untuk jualannya di Malaysia, telefon pintar ini hadir dengan variasi storan 32GB dan RAM 3GB. Selain turut menampilkan paparan 720p 5-inci, chipset Qualcomm Snapdragon 435, slot kad mikro SD, kamera belakang 13MP dengan fokus auto pengesan fasa, serta kamera hadapan 5MP.

Kuasa bateri yang ditawarkan oleh telefon pintar ini merupakan bahagian yang paling menarik. Xiaomi Redmi 4X menawarkan bateri 4,100mAh yang mampu bertahan sehingga 18 hari standby time. Hal ini turut disumbangkan oleh faktor pengoptimuman penggunaan kuasa bateri oleh antara muka MIUI 8 yang berasaskan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow.

Xiaomi Redmi 4X boleh diperolehi di Malaysia bermula 22 April 2017 ini pada harga RM679 dengan dua pilihan warna; hitam dan emas.

Spesifikasi Xiaomi Redmi 4X

  • Sistem Operasi: Android 6.0 Marshmallow
  • Chipset: Qualcomm Snapdragon 435
  • CPU: Octa-core 1.4 GHz Cortex-A53
  • GPU: Adreno 505
  • RAM: 3GB
  • Paparan: 5 inci 720p
  • Storan dalaman: 32GB
  • Slot kad mikro SD: Ada (maksimum 256GB)
  • Kamera belakang: 13MP dengan fokus auto pengesan fasa
  • Kamera hadapan: 5MP
  • Bateri: 4,100mAh

Harga Xiaomi Redmi 4X di Malaysia, RM679

Sumber berita diperoleh dari laman Facebook Rasmi Xiaomi Malaysia

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge