Home / Teknologi / Blogging / Facebook perangi berita palsu dan clickbait dalam 9 jenis bahasa

Facebook perangi berita palsu dan clickbait dalam 9 jenis bahasa

Facebook kini sedang menuju ke arah cara menapis kandungan terbaru dalam usahanya memerangi berita-berita clickbait dan palsu dengan menyediakan maklumat terperinci berkaitan post jenis apa yang akan dialihkan dari newsfeed. Kali ini, ia turut merangkumi domain web dan Page Facebook.

Naik taraf ini merupakan sebahagian dari penambahbaikan algoritma newsfeed yang bermula hari ini. Langkah memerangi berita-berita palsu dan tokok tambah ini sudah bermula sejak tahun 2014 lagi. Bagaimanapun, pada waktu ia dimulakan dengan bahasa Inggeris sahaja dan kini ianya dikembangkan ke bahasa-bahasa lain pula.

Menurut pihak Facebook:

“Publishers that rely on clickbait headlines should expect their distribution to decrease. Pages should avoid headlines that withhold information required to understand the content of the article and headlines that exaggerate the article to create misleading expectations. If a Page stops posting clickbait and sensational headlines, their posts will stop being impacted by this change.”

Facebook kini mampu mengesan post-post clickbait di dalam bahasa-bahasa seperti Arab, China, Perancis, Itali, Jerman, Sepanyol, Thai, Portugis and Vietnam selain dari bahasa Inggeris. Bahasa-bahasa ini dipilih atas sebab ia merupakan di antara bahasa yang paling kerap digunakan oleh kebanyakan pengguna di seluruh dunia. Oleh itu, menumpukan pada bahasa-bahasa ini mampu mengurangkan kadar kehadiran post-post clickbait dan palsu dalam jumlah yang besar.

Kemaskini ini amat penting memandangkan kebanyakan pengguna tidak menggemari cara sesetengah portal berita atau blog yang mensensasikan tajuk tanpa sebarang pengisian yang penting dan berguna pada post-post yang dihasilkan. Jika tidak dibendung, lambat laun ia akan menjejaskan reputasi Facebook sebagai media sosial yang popular.

Sumber berita diperoleh dari The Verge

Image Credits: David Paul Morris, Getty Image.

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

One comment

  1. That happened to me a few times where the title of the article really convincing… but pengisiannya tak berapa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge