Home / Komputer / Cara menghidupkan tetapan System Restore pada Windows 10

Cara menghidupkan tetapan System Restore pada Windows 10

Bagi pengguna yang tidak biasa menggunakan komputer Windows tentunya akan merasa risau jikalau melakukan sesuatu yang boleh “merosakkan” sistem operasi komputer. Oleh yang demikian, penggunaan fungsi System Restore dapat membantu memperbetulkan kembali keadaan seperti sebelum perubahan dilakukan.

Fungsi ini sememangnya sudah disediakan oleh pihak Microsoft sejak Windows ME lagi dan ia masih lagi dikekalkan pada Windows 10. Cuma untuk Windows 10, tetapan fungsi ini dimatikan secara default dan pengguna perlu mengaktifkannya sendiri.

Sejak dari Windows Vista, System Restore mengambil ‘snapshot’ untuk keseluruhan isi kandungan yang dipantau olehnya. Bagaimanapun, pada Windows XP, ia hanya mengambil Windows Registry, fail-fail di dalam folder Windows File Protection (Dllcache), profail-profail pengguna Local, pangkalan data COM+ dan WMI, IIS metabase dan fail-fail tertentu yang perlu diubah pada %windir%\system32\restore\Filelist.xml berdasarkan extensions pada pautan ini.

Untuk mengaktifkan fungsi System Restore pada komputer Windows 10, anda perlu terlebih dahulu memastikan Windows menentukan titik-titik pemulihan (restore points). Caranya adalah dengan;

  • Taipkan “create a restore point” pada kotak carian
  • Di dalam tetingkap “System Properties” klik pada tab “system protection” dan pilih pada pemacu yang anda ingin lakukan tetapan
  • Klik pada “configure”
  • Tandakan pada kotak “turn on system protection”
  • Tarikkan slider “max usage” untuk menjadikannya ke sekitar 5 GB
  • Klik “apply”

Anda kini mungkin dapat sedikit kelegaan kerana dapat kembalikan komputer Windows anda ke dalam keadaan sebelum perubahan-perubahan tertentu dilakukan.

Ibaratnya;

Andai dapat

Ku undurkan putaran dunia

Inginku ubah semula kata

Dan tingkahlakuku yang salah

Agar kita dapat seiring

Di mercu asmara

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge