Home / Teknologi / Keselamatan / Malaysia turut terkesan dengan Ransomware WannaCry

Malaysia turut terkesan dengan Ransomware WannaCry

Agensi keselamatan siber Malaysia telah mengeluarkan amaran berikutan Malaysia merupakan di antara salah sebuah dari hampir 100 buah negara yang terkesan dengan serangan siber ransomware besar-besaran di seluruh dunia.

CyberSecurity Malaysia, sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah menggesa seluruh pengguna internet dan pentadbir sistem agar meningkatkan tahap keselamatan peranti dan rangkaian untuk melindungi dari ransomware “WanaCrypt0r 2.0”.

Ransomware merupakan perisian hasad (malicious software, malware) yang direka untuk menyekat akses ke komputer sehingga tuntutan sejumlah wang telah dibayar.

“We urge system administrators to patch their systems as soon as possible and keep their users aware of the new ransomware in order to prevent them from opening suspicious e-mails and files,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Dr Amirudin Ab­­dul Wahab di dalam amaran yang dikeluarkan semalam.

Amaran yang dikeluarkan berkenaan turut menyatakan malware tersebut menggunakan kerentanan yang didedahkan kepada umum berikutan ketirisan sebahagian dokumen-dokumen dari National Security Agency (NSA), sebuah badan perisikan ketenteraan Amerika Syarikat.

Serangan siber yang dikesan Jumaat lalu telah dilaporkan di 99 buah negara, melibatkan rangkaian komputer National Health Service (NHS) Britain, Kementerian Dalam Negeri Russia, syarikat penghantaran barang FedEx serta banyak lagi.

AFP memetik kenyataan Perdana Menteri Britain, Theresa May yang mendakwa serangan dilakukan tanpa pengkhususan pada mana-mana negara. Manakala sebuah blog keselamatan siber, MalwareTech telah memaparkan Malaysia sebagai salah satu negara yang diserang melalui paparan peta serangan yang disiarkan secara masa-nyata.

Reuters turut melaporkan mangsa serangan yang membuka lampiran emel yang telah dijangkiti akan mendapati data-data mereka telah dienkripsikan dan ransomware berkenaan akan memeras ugut dengan bayaran sehingga US$600 (RM2,640) untuk mendapatkan semula akses ke data-data berkenaan.

Sehingga jam 10 pagi semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia memaklumkan masih belum ada sebarang serangan ransomware berkenaan dilaporkan setakat ini.

Sumber berita diperoleh dari MIS Asia

 

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

One comment

  1. staff cybersecurity xkan senyap jer…
    PapaNakkals recently posted…Zara Pak Ramli House of LobosMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge