Home / Mobile / Nokia 3310 (2017) secara rasminya hadir ke Malaysia pada harga RM239

Nokia 3310 (2017) secara rasminya hadir ke Malaysia pada harga RM239

Bagi kebanyakan pengguna, Nokia 3310 merupakan peranti yang sinonim dengan jenama Nokia itu sendiri sungguhpun kehadiran model asalnya di pasaran arus perdana sudah lama berlalu. Kini, model baharu 3310 yang telah dikemaskini muncul pada tahun 2017 di Malaysia. Kemunculannya turut diiringi dengan model-model terkini Nokia yang lain seperti Nokia 6, Nokia 5, dan Nokia 3 yang menggunakan sistem operasi Android.

Muncul pertama kali di hadapan khalayak sejak MWC2017 yang lalu, kini peminat-peminat setia Nokia boleh mendapatkan Nokia 3310 (2017) pada harga RM239. Ia dijangka hadir ke pasaran Malaysia sekitar minggu pertama Jun 2017.

Anda boleh mendapatkan info lanjut berkenaan spesifikasi Nokia 3310 melalui pautan ini.

Sumber berita diperoleh dari The Star, Imej cover oleh Ibrahim Mohtar/The Star

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

One comment

  1. Dah masuk 🙂 mmg 3310 the best lah
    Ira recently posted…Trip Percuma Ke Japan Bersama ShakleeMy Profile

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge