Home / Internet / Ransomware pulihkan semula komputer netizen di Taiwan kerana berpendapatan rendah

Ransomware pulihkan semula komputer netizen di Taiwan kerana berpendapatan rendah

Seorang netizen dari Taiwan telah menghantar emel ke talian khidmat bantuan ransomware ThunderCrypt setelah PC beliau telah dijangkiti dengan ransomware berkenaan. Beliau turut memaklumkan bahawa pendapatan bulanannya hanya sekitar $400 dan tidak mampu untuk membuat bayaran sebanyak 0.345 bitcoin. Tidak lama kemudian, PC beliau telah dinyahsulitkan (decrypt) oleh talian khidmat bantuan berkenaan.

Perkara ini dilaporkan melalui sebuah laman forum Taiwan Breaking News Commune (爆料公社) yang menerbitkan imej salinan skrin emel surat-menyurat di antara netizen berkenaan dengan wakil dari ransomware ThunderCrypt pada 15 Mei lalu.

Pada asalnya, netizen tersebut dikehendaki membayar 0.345 bitcoin untuk mendapatkan semula fail-fail yang dijangkiti ransomware. Beliau kemudian telah menulis emel ke talian khidmat bantuan dengan menyatakan bahawa beliau tidak mampu untuk membayar wang tebusan tersebut.

ThunderCrypt memberikan maklum balas dengan menyatakan mod ransomware tersebut telah ditukarkan kepada mod decryption dan akan mula membuka semula akses ke komputer tersebut secara automatik.

Dalam perkembangan yang berasingan, pada Jumaat 12 Mei lalu sejenis ransomware yang hampir sama telah dilancarkan dengan nama WannaCry, (juga dikenali sebagai Wanna Decryptor atau wcry telah menjangkiti lebih dari 100,000 organisasi di lebih dari 150 buah negara. Malaysia turut tidak terkecuali mendapat kesan dari serangan-serangan ransomware yang kini semakin kerap berlaku.

Sumber berita diperoleh dari CNET

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

One comment

  1. sape ckp blackhat kejam..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge