Home / Mobile / Android / Pengguna Android kini boleh memuat turun Aplikasi Mengaji.com

Pengguna Android kini boleh memuat turun Aplikasi Mengaji.com

Aplikasi Mengaji yang baru sahaja dilancarkan minggu pertama Ramadhan yang lalu untuk peranti-peranti iOS, kini telah hadir ke platform Android. Boleh dimuat turun secara percuma, aplikasi ini turut menawarkan terjemahan bacaan Al-Quran di dalam Bahasa Melayu dan English.

Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran di dalam aplikasi ini dibacakan oleh enam orang Qari dari seluruh dunia, termasuklah Hammudeh dari Singapura, Muzammil Hasballah dari Indonesia, Abderrahman Toukan dari Morocco, Tirmizi Ali dan Tarmizi Abdul Rahman dari Malaysia dan Jibril Wahab dari Perancis.

Selain dari bacaan Al-Quran, aplikasi ini turut menawarkan bacaan doa-doa harian yang disampaikan oleh Hammudeh & Muzammil Hasballah. Turut disediakan, transliterasi ayat di dalam tulisan Rumi untuk memudahkan pengguna mempelajari bacaan Al-Quran.

Muat turun aplikasi ini Google Play

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge