Home / Mobile / iOS / Digi kini menawarkan iPhone 6 32GB dari RM138

Digi kini menawarkan iPhone 6 32GB dari RM138

iPhone 6 32GB telah hadir memasuki ke pasaran Malaysia sudah berbulan lamanya. Pada asalnya, ia hadir dengan harga RM1,999 dan kemudian mengalami penurunan harga pada RM1,699 sebulan berikutnya. Kini, anda boleh mendapatkannya pada harga serendah RM138 melalui kontrak pasca bayar, Digi Postpaid.

Digi menawarkan iPhone 6 32GB melalui pelan pakej Digi Postpaid 78, 108 dan 138 yang diikat bersama-sama kontrak 24 bulan. Pelan ini hadir dengan panggilan tanpa had ke semua rangkaian dan data 12GB, 18GB dan 24GB untuk setiap bulan.

Pakej iPhone 6 32GB Digi  (kontrak 24 bulan)Digi Postpaid 78Digi Postpaid 108Digi Postpaid 138
Bayaran BulananRM78RM108RM138
Data (Hari Biasa + 4G Hujung Minggu)6GB +6GB9GB + 9GB12GB + 12GB
Panggilan PercumaTanpa had ke semua rangkaian
SMS Percuma2004001000
Kadar SMS10sen/SMS
Harga iPhone 6 32GBRM888RM398RM138

iPhone 6 32GB merupakan di antara salah satu iPhone terkini yang terdapat di pasaran buat masa ini. Ianya sama seperti iPhone 6 asal yang pertama kali dilancarkan pada September 2014 yang lalu.

Bagaimanapun, 32GB ini adalah pilihan storan yang terbaru dan hanya terdapat di sesetengah negara sahaja. Di Malaysia, ia hanya dijual melalui wakil jualan Apple yang sah dan syarikat-syarikat telco tempatan sahaja. Pun begitu, kedai atas talian Apple Malaysia tidak menawarkan telefon pintar ini.

Sumber info diperoleh dari Digi

About Shahrul Yusof

Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 8 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

One comment

  1. Peluang terbaik bagi mereka yang inginkan telefon canggih..

    Saya juga kepada panggilan tanpa had
    mrhanafi recently posted…Aplikasi Automatik Untuk Promosi Di InstagramMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge